BonusCoin Banner

Khamis, April 24, 2008

Kisah Suami Isteri

Lama sungguh aku tak menjengguk blog nih... lebih sebluan lah... banyak cerita nak taip... tapi sibuk giler lah... di samping connection internet yg bermasalah kebelakangan ini... hari nie baru ada semangat sikit utk online dan update... tapi tak terupdate laa pulok... hari nie gak aku cuba mengemas emel-emel aku yg beribu nak di bersihkan... selama ini aku cuma bukak emel dan next... lain tahun baru baca semua emel-emel yg di Forward oleh kekawan....

PC opis aku dah sebulan kena sambar dek petir... org HP yg datang semua kureng kompeten... dah telepon bagitau MotherBoard problem... dia datang dan bawak Power Supply... kan dah kena datang balik... lepas tue kata kena tunggu MB baru dari HP Singapore lak.... hampeh nye HP... aku dah kata, jangan beli HP.... opis nie sibuk gak beli HP...

Kisah Kasih Suami Pada Isteri
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand.
Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung
ini buat begitu."

Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh...... "

hehehe... oklah... nanti esok-esok aku sambung balik...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...