Stress Level

hmm... minyak naik lagi... terima kasih Pak Lah dan rakan-rakan.... hadiah ini memang sudah dijangka... banyak idea yang nak dicurah... tetapi apa gunanya... cakap-cakap hanya permainan sahaja... nak kata tak cuba... mmg aku ada cuba-cuba jadi pemimpin... Insya-Allah...

Di Bangkok, aku di kejutkan dengan berita kenaikan harga bahan bakar Petrol oleh Parti Barang Naik... macamana nak penuhkan tangki kereta nie? Bertalu-talu sms yang masuk... aku hanya terpaku dan mengenang nasib keluarga aku selepas ini... teruk sangat ke ekonomi negara? Takut sangat kah Malaysia dengan rakyat Singapura? Berbaloikah pulangan RM625 yang dijanjikan? Macamana lagi aku nak ubah gaya hidup?

Aku tak sempat nak memenuhkan tangki petrol kereta... al-maklum... bercuti ke Bangkok minggu lalu... tetapi hari ini, stress level di sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang adalah tinggi... Di opis, kawan-kawan dah mula merunggut... kenaikan gaji baru-baru ini dikatakan tidak mencukupi...

Perkiraan aku :



tahun 2000 harga minyak baru RM1.20 (selepas naik RM0.10 pada 1hb okt. 2000), Gaji aku pada waktu itu RM1,707... jadi aku menghabiskan kira-kira 0.07% seliter daripada gaji...


hari ini, Harga minyak petrol RM2.70 (selepas kenaikan RM0.78 pada 5hb Jun
2008), gaji aku lebih kurang RM3,000... jadi aku menghabiskan kira-kira 0.09% seliter daripada gaji... ATAU... gaji pekerja baru selepas pelarasan... RM2,009... terpaksa membelanjakan 0.13% seliter minyak petrol daripada gaji..


Hakikatnya... aku kena belanja lebih untuk penggunaan yang sama... dan kehidupan aku dalam keadaan CELAKA (ciri-ciri orang berjaya...). Dan dalam aku di naikkan pangkat... di naikkan gred... aku di tipu oleh kerajaan yang bukan aku pilih...

hmm... itu belum pengiraan gaji kakitangan kerajaan... lagi menyedihkan...

Stress level di mana-mana yang aku pergi agak meningkat... Pegawai Bank yang selalunya tersenyum... hari ini melayan aku macam ^%^$&*(T%... Pegawai MPKJ tidak boleh bertolak ansur... meter parking kereta dan kereta aku adalah jauh... dia berkeras mengeluarkan saman, atas alasan dia dah print... cendol depan pejabat sudah menjadi RM1.70 (sebelum ini RM1.30)... itu baru sedikit... tak kira lagi beberapa kawan dah mula meminjam duit... harga roti canai dah naik RM0.90.... hmm...

UBAH GAYA HIDUP... hari tue dah kena makan separuh pinggan... ini kena buang lagi separuh... secara umumnya, aku cuma dapat makan suku sahaja daripada selayaknya....

Sampai bila kita mahu berdiam diri? Memang aku ada rasa nak bunuh diri bila buat semua kajian ini...

0 komen