BonusCoin Banner

Isnin, Ogos 25, 2008

Spike

Minggu lepas, kena bagi talk di Primula Beach, Kuala Terengganu. Dalam perjalanan, aku sekeluarga singgah Dungun, Terengganu. Saja singgah berjumpa kawan lama, Sufian Salim (Spike). Dia kerja di Politeknik Sulatan Mizan di Dungun..... kawan di MRSM Terendak dulu. Pergh... memula tue memang aku tak cam langsung... berbeza sungguh...

Photobucket
Aku dan Spike

Photobucket
Pica, Nabila (anak Spike) dan Aku

Alhamdulillah, dapat bawa family berjalan-jalan... banyak lagi gambar... cuma PC aku masih tidak sihat... ini pon disebabkan aku malas nak sihatkan PC tue... semangat sudah kureng... gambar-gambar nie pon, terpaksa ke IT pinjam card reader... wayar dan card reader aku dah hilang ntah ke mana.... hehehehehe

Ahad, Ogos 24, 2008

Family Tree

Hari ini masih lagi mengupdate family tree.... jumpa satu forum : Opah Parit Families. Insya-Allah boleh ditambah sanak saudara.

Dalam masa yang sama... penyertaan di dalam ancestry.com semakin bertambah. Daripada sebelah aku, Fitriah, mak , abah dsb..... dan dengan membangunkan salasilah ini juga baru aku tahu sepupu-sepupu (dua-tiga pupu sebenarnya) daripada sebelah mana... sebelum nie kenal-kenal sahaja... dan banyak juga yang aku tak tahu nama-nama mereka... asyik panggil nama-nama manja jer..... camana pun Alhamdulillah.... bilangan ahli sudah melebihi 250 orang... dan ada sebahagiannya memang aku tak kenal pun... sebab ramai-ramai membantu menambah keahlian dari masa ke semasa...

camanapun.... rerajin lah lawat http://www.is150.net/ ....

Khamis, Ogos 07, 2008

screamyx


Streamyx Sucks

mmg aku tensen ngan screamyx nih... dah ler asyik takde conn jer kat area rumah... kemudian, nak upgrade account pon tak boleh... katanya akaun aku tak cukup setahun... itu pon aku gagahkan jugak mendaftar walaupon kawasan rumah aku takde talian telefon TM....

aku sepatutnya di bayar untuk hari-hari yang aku tidak dapat online... betapa banyak aku dah rugi nih....

Buang masa

Setelah sekian lama aku hanya memasuki entri-entri yang memudahkan kerja aku... masa aku kembali sibuk dengan dunia... malah dalam beberapa minggu kebelakangan ini, cerita-cerita di sekitar pon aku tidak ambil pedulik... perletakkan jawatan MP Pematang Pauh hanya di ketahu setelah beberapa hari... berita sudah basi... apa sudah jadi dengan aku sekarang????

Petang ini sepatutnya aku ke KL lagi... menyelesaikan tugas-tugas yang bertunggak... aku bernasib baik kerana pagi ini aku sempat membaca-baca beberapa cerita di forum extdk.net... dan aku bertanya berkenaan keadaan jalan di KL... ternyata ramai yang tidak membenarkan aku ke KL pada waktu ini... JEM teruk katanya.. pagi tadi sempat aku mendengar radio sinar yg mengatakan polis membuat sekatan daripada semalam sehingga diberitahu... cuma aku tak tahu, untuk apa sekatan polis kali ini... jangkaan aku cuma satu... ada PERHIMPUNAN yang dikatakan haram...

daripada forum extdk.net aku kemudian tertarik dengan satu sign junior... yang membawa aku ke blog ach Gotten!. Berita mengenai pengakuan bersumpah Dr Pusrawi (satu lagi berita yang lambat aku tahu) lalu... kemudian dari aku di terbangkan ke Malysia Today. Dari situ aku melarat ke blog PenarikBeca. Disebabkan ada berita yang mengatakan pemilik blog di tahan polis... siapa dia... Wallahuallam... aku cuma membaca.. kemudia dari satu blog ke satu blog... mainly on Pakatan Rakyat... antara yang menarik ialah ALHUSSEYN, cerita daripada pejabat MB Perak... terkejut aku seketika... Syukur Alhamdulillah... kemudian aku ke blog Pink... peguampas. Dan seterusnya... membuka portal akhbar online... HarakahDaily... dan aku pon berhenti makan tengahari...

hmm... esoklah nampak gayanya aku ke KL... mudah-mudahan tidak tersangkut... cuma esok JUMAAT... kena balik awal... isnin minggu depan seharian aku mengajar... aku dah mula bosan mengajar... sudah lama bosan bercakap... malah aku di kenali antara orang yang pendiam... (ye kee????)...

Semalam aku mengeluarkan strategi perniagaan baru... banyak yang aku kena ubah untuk mengadaptasi dengan situasi sekarang... apa nak jadi dengan MALAYSIA... aku masih tak tahu... semalam sempat aku membaca satu blog yang memaklumkan harga minyak dunia sudah turun... tidak seperti yang di ramalkan... kemungkinan perbelanjaan bahan mentah akan turut turun... itu kata penulis blog berkenaan...

dan kebelakangan ini juga aku mendapat kepuasan baru... membangunkan FAMILY TREE keluarga... aku menggunakan website ancestry.com. Membership fee terlalu mahal, USD 300 setahun... atau RM980 setahun... hmmm.... belum ramai rakyat Malaysia yang ambil peduli isu ini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...