Apa nak cerita

Hari nie merupakan minggu ke-2 Nuqman ikut ke Office... masih ada lagi saki baki bekas demam campak. Insya-Allah minggu nie dah boleh hilang semua kuping-kuping campak... Bekerja bersama anak...

Kerja masih menimbun... sepanjang mingglu lepas aku sibuk membangunkan web salasilah aku. Sekarang dah dimasukkan modul Forum. Rasa puas betul.... cuma belum betul-betul berani nak promote... tunggu betul-betul stabil dulu... lepas tue baru boleh promote... Banyak lagi yang perlu aku belajar, terutamanya camana nak edit standard portal yang disediakan...

Hari nie di office kureng membuat kerja... masih bermoodkan membaca blog-blog. Masih seperti biasa. Dari satu blog ke satu blog. Terjumpa Blog NokhtahHitam yang sedang berperang dengan salah satu penulis ebook AdsenseTaiko. Susah nak dapat mereka yang jujur di dalam perniagaan. Bukan aku tidak berbangga dengan negara sendiri, tetapi pengalaman aku tentang kejujuran peniaga di negara maju sungguh luar biasa. Pernah sekali, semasa membayar harga yang di scan tidak sama dengan di paparkan. Lepas check mereka terus bagi aku free dan duit beza harga barang tersebut. Mereka siap minta maaf lagi sebab staff dia terlupa nak tukar kepada harga asal. Promosi untuk semalam. Tapi kalau kat sini.... bila diberitahu, cashier akan buat muka yang kita nie macam pandai sangat....

oklah... masih bermood untuk memberi komen-komen kepada blog-blog berbahasa Melayu nih... btw, Bahasa Melayu adalah perkataan yang ada dalam Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia dan sebagainya hanyalah gimik-gimik politik sahaja.... yang aku tau lah...

3 komen