Smooth Day

Alhamdulillah.... hari ini rasa sungguh tenang dan sempurna sekali... Walaupun tidak sempat bersahur kerana semalam balik lewat daripada KL. Semalam aku ke Wangsa Maju, menempel program Badminton ANSARA Terendak. Yang datang ada laa dalam 10 orang (A. Mantoi, A. Ruhann, Afifi, A. Pendisz, A. Azmi, A. Zammel, Is, A. Saufi, A. Jamalul & K. Julie)... yang main 5 orang jer... Sambil berjanji dengan senior untuk mengambil surat lawyer untuk pinjaman perumahan kerajaan. Balik dari Wangsa Maju aku singgah McDonald dan tapau untuk isteri. Sampai rumah dalam jam 1 pagi, kami makan dan kemudian terus tidur... terjaga pagi pon sebab azan subuh daripada henpon.


Abg. Zammel, is150 dan Abg. Mantoi


Abg. Zammel, is150, Abg. Malul dan Kak Julie

Pagi tadi aku re-seat exam OSH-MS Lead Auditor Module 2. Dengan tidak belajar apa-apa... aku sampai pejabat dalam jam 7.30 pagi, terus cari fail kursus tempoh hari. Last kursus bulan Mac lalu. Alhamdulillah... apa yang aku sempat selak, ada masuk dalam exam... lega sesangat.

Tengahari, Fit datang ambil aku dan kami ke Tan Chong, Jalan Ipoh. Sign loan dan balik singgah PKNS Bangi. Ambil dokumen penilaian perumahan. Masuk office agak sedikit kecewa, sebab aku lupa 'on' laptop. Camana pon pertaruhan di FOREX mendapat sedikit hasil...

Sebelum balik teringat forum exTDK. Abang Mazlan ajak berbuka. Dah lama nak berjumpa... rasanya dah berbulan... asyik tidak berselisih. Bukak forum dia ajak ke Jusco Balakong, makan steamboat. Balik rumah tukar baju dan keluar ke sana. Alhamdulillah, jalan terang... sampai je Jusco terus dapat parking depan pintu masuk.... aku sampai dalam jam 6.45 ptg lebih kurang....

Sekarang dah sampai rumah... nak tido...

0 komen