Kecederaan yang berlaku akibat kemalangan kenderaan bermotor adalah penyebab kematian yang utama untuk semua peringkat umur di Malaysia. Statistik menunjukkan daripada 1985 - 1997, jumlah kenderaan berdaftar dan juga jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya adalah berganda, manakala jumlah kemalangan yang melibatkan kenderaan berdaftar pula meningkat sebanyak 2.5 kali ganda. Statistik menunjukkan kemuncak kemalangan yang berlaku adalah pada musim-musim cuti persekolahan dan cuti perayaan . Ini adalah kerana pada kedua-dua musim ini, terlalu banyak kenderaan berada di atas jalan. Daripada aspek ekonomi pula, hampir RM6 bilion kerugian telah ditaksirkan akibat dari kemalangan yang berlaku.
Daripada keseluruhan kemalangan yang berlaku
- 8.9 % adalah kes-kes kematian
- 26.7 % mengalami kecederaan parah
- 41.5 % mengalami kecederaan ringan
- 22.9 % melibatkan kerosakan pada kenderaan
- 56.3 % kemalangan melibatkan penunggang motosikal yang berumur dari 16 hingga 25 tahun
- 54.9 % kematian melibatkan penunggang motorsikal berusia 16 hingga 25 tahun
Di Malaysia, kematian penunggang motorsikal telah meningkat dari 6 kes dalam 10,000 pada tahun 1996 kepada 8.7 kes pada tahun 1997. Untuk kes kemalangan kereta, kadar kematian telah menurun dariapda 1.89 untuk setiap 10000 kereta berdaftar pada 1990 kepada 1.41 pada 1996.
Langkah-langkah keselamatan ?
Langkah keselamatan asas untuk kenderaan bermotor
- Gunakan tempat duduk keselamatan kanak-kanak yang khas di dalam kenderaan bermotor
- Pastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik. Sebelum anda memulakan sesuatu perjalanan , pastikan segala-galanya berada dalam keadaan baik .
Pastikan :
- Enjin berada di dalam keadaan baik
- Penanda suhu, minyak, tekanan dan lampu amaran enjin berada di dalam keadaan baik.
- Minyak enjin , dan air bateri cukup.
- Kipas , penyaman udara dan juga tali altenator berfungsi dengan baik.
- Tekanan pada tayar memenuhi spesifikasi dan juga bunga tayar tidak kurang daripada 2 mm
- Tayar simpanan anda sentiasa berangin dan sedia untuk digunakan
- Stering anda tidak bergoyang-goyang semasa memandu
- Penanda kelajuan dan juga hon berfungsi.
- Lampu utama, lampu isyarat membelok dan juga lampu kecemasan berfungsi.
- Kedudukan lampu utama mestilah diletakkan dengan betul.
- Cermin pandang belakang dan juga cermin sisi berada di dalam keadaan elok dan tidak pecah atau retak.
- Alat pengelap cermin (wiper) dan juga air pencuci cermin berfungsi sepenuhnya. Ia amat berguna untuk keadaan basah seperti hujan
- Tali pinggang keledar berada di dalam keadaan baik.
0 komen