BonusCoin Banner

Jumaat, Oktober 31, 2008

Gambar

Hari nie download gambar dari camera... ada dalam 400 gambar... terus aku malas nak pilih dan edit...

Tadi ada pilih beberapa gambar daripada persiapan open house NIOSH minggu lepas... resize dan terus emel kepada kakitangan... yang lelain... minggu depan kot...

insya-Allah semangat masih ada...

Khamis, Oktober 30, 2008

Retreat DOSH

Dari 28hb lepas aku berada di ESSET, Bandar Baru Bangi... Ada retreat / bengkel anjuran DOSH bagi menambahbaik Dokumen Standard MS 1722;Part 2: 2005

Masih lagi sakit kepala membuat ayat-ayat standard...

Ahad, Oktober 26, 2008

Lama

rasanya lebih seminggu aku kurang tumpukan dunia aku dengan internet... kamera dan penuh dengan gambar... perjalanan agak banyak aku lalui... cuma malas nak menaip kot...

beberapa hari lepas lama aku menghabiskan masa dengan laptop... tapi aku cuma layan youtube jer... dari satu cerita ke satu cerita.... kurang aku melawat blog-blog yang rajin aku menaip nama kat sana... tengoklah, esok macamana...

esok laa kot....

Jumaat, Oktober 17, 2008

Malas

Minggu nie rasa macam malas jer nak update-update blog... memandangkan aku cuma ada dalam 10mb jer tinggal kat server... anytime boleh habis... campur ngan website salasilah.is150.net laa...

hmm... apa ler nak jadi ngan aku nih.....

btw, semalam ngan hari nie aku sibuk install beberapa software dalam ASUS P320 aku... ada beberapa software / database trakking kereta (sebelum nie aku guna fail excel jer..) dan aku dah dapat software sync antara Lotos Notes 7 ngan WM6... cuma masalahnya... dalam mencuri aplikasi... aku download virus... hmm.... aku takut nih.... ntah camana, macam ada suara syaitan menyuruh aku klik virus tue... padahal mmg aku tau virus....

Ntah laa....

Selasa, Oktober 14, 2008

Salasilah Keluarga

Masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu kurang memiliki minat yang tinggi untuk menjejaki jurai keturunan atau salasilah keluarga mereka sendiri. Barang kali mereka beranggapan tiada sebarang faedah atau manfaat sekiranya mereka menyelidiki secara lebih mendalam tentang keluarga mereka. Kecenderungan menyimpan atau menulis rekod-rekod salasilah boleh dikatakan hanya terdapat dalam kalangan pemerintah khasnya golongan kerabat diraja atau pembesar-pembesar negeri. Tujuan penulisannya barang kali tidak lebih untuk menyatakan keabsahan pemerintahan mereka di sesebuah negeri atau jajahan taklukan mereka. Selain itu, terdapat juga segelintir masyarakat yang menyusun salasilah adalah bertujuan semata-mata ingin menuntut takhta kerajaan, kuasa atau harta perwarisan untuk diwarisi oleh generasi seterusnya.

Perkataan ‘salasilah’ berasal daripada kosa kata bahasa Arab yang bermaksud “daftar keturunan atau jurai keturunan”. Ensiklopedia Islam (2004), halaman 250 mendefinisikan salasilah sebagai “daftar atau susunan asal-usul keturunan, biasanya dimulai daripada tokoh yang dianggap penting dan dihormati yang memiliki nilai sejarah”.

Pengetahuan tentang salasilah dianggap sebagai salah satu cabang ilmu yang penting khasnya dalam bidang sejarah dan ia dikatalogkan sebagai bidang sains sosial. Berdasarkan pengertian yang sempit, ilmu salasilah ini merupakan kajian berkenaan individu dan hubungannya dalam sesebuah keluarga. Walau bagaimanapun, sekiranya kita memahami pengertiannya yang luas, ilmu salasilah ini merangkumi kajian yang mendalam tentang sejarah, biografi, geografi, sosiologi, undang-undang, perubatan, linguistik dan sebagainya. Kita sewajarnya berpegang kepada takrifan yang luas kerana kita bukan hanya sekadar ingin mengetahui nama dan tarikh penting yang dilalui nenek moyang kita sahaja, tetapi juga corak kehidupan mereka serta sumbangan mereka terhadap agama, bangsa dan negara mereka. Apa yang lebih penting ialah pengkajian tentang ilmu salasilah keluarga mampu memupuk jati diri seseorang individu.

Pengkajian terhadap ilmu salasilah juga memerlukan pengorbanan yang besar kerana para pengkaji dalam bidang ini terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting daripada ahli keluarga yang dikenali atau tidak. Maklumat-maklumat yang diperoleh itu sama ada maklumat lisan atau sumber bertulis perlu dipastikan kesahihannya agar tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak lain yang mempunyai autoriti.

Justeru, penulisan salasilah perlu diberi keutamaan sekiranya seseorang itu ingin menjejaki semula sejarah asal-usul keturunannya. Tambahan pula, salasilah keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat yang bertamadun. Menjejaki asal-usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada penerusan hubungan silaturahim antara kaum kerabat. Pengekalan hubungan silaturahim sesama kaum kerabat pula sangat dituntut oleh Islam.

ALLAH S.W.T. berfirman:

Dan bertakwalah kepada ALLAH yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat...

(Surah an-Nisa’: 1)

Sumber is150.net

TAG Anggau

Aku telah di TAG oleh lochoe. Apa laa yg ko nak kenal pon...

  1. berapa kali lu pernah bercinta?
    Jawapan selamat -> 1 kali...
    Jawapan tak selamat -> aku tak berani!
  2. 3 lagu yang lu ingat tentang dia?
    aku ada satu lagu jer..... "Puisi Buat Isteri" oleh Kopratasa
    yang takde kena-mengena.....
  3. apa yang paling romantik yang pernah dia lakukan untuk lu dan lu lakukan untuk dia?
    dia lakukan--> Banyak beb...... (macam jawapan selamat gak...)
    aku lakukan --> ntah romatik ke tak, surprise hadiah birthday.
  4. gelaran yang dia gunakan untuk memanggil lu?
    1. awak (ye kot??? aku dah hampir blank nih!) - masa bercinta
    2. abang -lepas kahwin
  5. sebutkan 3 tempat yang selalu lu pergi bersama dia?
    1. putrajaya (beli barang)
    2. taman tasik kejut, UKM, --> satu masa dahulu..
    3. banyak tempat ler......
  6. apakah memori terindah lu bersama dia
    tgh takde ide.....
  7. apakah birthday dia jika lu ingat?
    apa..... ko ingat aku tak nak hidup lama??? 19 Ogos 1979
  8. listkan gift dari dia yang masih lu simpan atau yang lu suka?
    lampu meja ! ---> senang aku nak guna laptop
    UMD - Star Trek [Tactical Assult]
  9. bagaimanakah lu melafazkan cinta pada dia (lelaki), atau anda menerima cinta dia (perempuan)?
    satu masa nan lalu......
  10. berapa lamakah masa lu nak lupakan dia?
    Melayu mudah LUPA.... hehehehe
  11. apakah bahagian fizikalnya yang lu suka?
    hmmm...... biarlah dia yang tahu...
  12. apakah yang sedang dia lakukan sekarang?
    main game... cuba beat high score aku (yang dah kena beat pon...) ..
  13. sanggupkah lu menerimanya kembali dia dalam hidup lu? dan kenapa berpisah dulu?
    loh... manalah aku pernah berpisah lagi....

pergh.. lega... terus terang aku bagitau.... SUSAH ooo nak jawab... jadi aku mengambil keputusan untuk tidak menTAG sesapa...

Isnin, Oktober 13, 2008

Balik Raya Ep 5

Ish... dah sampai episod lima lak... belum lagi masuk isu-isu berhari raya... bila ler nak abis citer-citer nie... sampai kekadang tue main cerita jer... sebab idea datang bila nak tido atau tgh drive... bila duduk jer dpean PC... blank...

3hb oct a.k.a hari Jumaat... kami sekeluarga berangkat ke Pokok Sena, Kedah. Ada 2 majlis perkahwinan sepupu Fitriah di Alor Star dan Sg Petani.

Malam khamis setelah abis majlis di Sg Petani kami ke Bertam, Pulau Pinang. Singgah rumah ibu mertua Long. Dalam jam 10 malam baru bertolak balik Pusing, Perak. Keadaan jalan malam itu sungguh mengecewakan.... Perjalanan biasa boleh sampai sebelum jam 12 tgh malam. Tetapi kami sampai lepas 2 pagi... sungguh memenatkan....

Photobucket - ammar fakhrurazi
Ammar (anak saudara paling latest)

Photobucket
Di Sg Petani

Photobucket
Di bertam

Photobucket
di Cochrane

hmm.... dah sampai rumah....

Sabtu, Oktober 11, 2008

Balik Raya Ep 4

Hmm... berjaya gak aku onine.. setelah sibuk ngan kerja-kerja.. sat lagi nak ke PD... program ANSARA Terendak. 2nd hari raya... tunggu di rumah... menunggu orang datang... janji kul 12 tengahari... kul 4 ptg baru sampai... so... dengan selamber nye kami hanya ada waktu selepas 4.30ptg baru boleh keluar jalan beraya...

Photobucket
Mak Yong, Mak n Abah (di Taiping)

Photobucket
Di Ipoh rumah Pak Ucop

Photobucket
Di Taman Silibin, Ipoh. Rumah Uncle Musa

Habis satu hari..... Nie 1st time aku sekeluarga beraya sampai jam 1 pagi Itu baru sampai rumah. Dulu masa kecik-kecik mmg selalu beraya sampai kul 2-3 pagi... cuma sejak berkeluarga sendiri... kurang keluar malam.

Rabu, Oktober 08, 2008

Balik Raya Ep 3

Masih lagi dalam raya pertama. Lepas jer bersalam-salaman, bermaaf-maafan... kami sekeluarga bertolak ke Kampung Arwah Tok dan Opah di Parit, Perak.

Keluarga makcik dan keluarga makchu dah ada di sana.

Photobucket - fakhri saub
Depan rumah Tok (Gambar besar : Fakhri)

Photobucket
Di rumah Uncle Man

Photobucket
Antara saudara lelaki sebelah abah

Photobucket - sepupu-sepupu dan adik
Sepupu-sepupu

Photobucket
Di rumah Opah Chik

Abis beraya di Parit kami ke Ketior, Perak dan seterusnya ke Gelung Pepuyu, Perak. Lewat petang baru balik ke rumah di Pusing, Perak.

Abis dah episod ke 3 bersambung ke episod ke 4

Isnin, Oktober 06, 2008

Balik Raya Ep 2

Yea-yea... raya... 1st day Raya... solat sunat Raya di Masjid Pusing, Perak. Kami tak tahu solat start jam berapa... jadi kami andaikan start kul 8 pagi... kamilah jemaah terawal... rupa-rupanya start jam 9 pagi... sejam lebih ler kat masjid... Tahun nie 1st time nuqman ikut ke Masjid...

Balik dari masjid kami sekeluarga bergambar... dan bermaaf-maafan...

Photobucket - whole family
Whole big happy family

Photobucket
My Family and Parent

Photobucket - My Family
Family is150

Photobucket
Pica salam Atuk n Uma

Seronoknya... Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Balik Raya Ep 1

Jumaat, 26 September 2008. Balik ke Manjung, Perak. Amik kereta di KL, dan kemudian ke rumah makcik di Cochrane amik Alya. Perjalanan JEM teruk. Keluar rumah dari jam 6 petang. Sampai jalan Ipoh jam 8 mlm lebih.... tunggu kereta lebih kurang... Alhamdulillah, PLUS lancar... Sampai Manjung lebih kurang jam 2 pagi...

Hari Sabtu kami ke Pusing, Perak selepas berbuka. Mulanya hendak berbuka di restoren Cheng-Ho di Manjung. Tapi dah fully book... jadi kami ke Pasar Ramadhan dan balik ke rumah berbuka...

Hari Ahad, 28hb September 2008... Abah ajak keluarga Mak Su ke rumah berbuka.

Photobucket - buka puasa di Pusing
Suasana Berbuka di Rumah

Photobucket - solat di Pusing Perak
Solat di rumah

Photobucket
Nuqman dan Bunga Api

Photobucket
Pica, Nuqman, Pak Su dan Pak Ngah

Bersambung di episod ke 2.... tunggu....

Grand Livina

Alhamdulillah... akhirnya dapat gak ler kami tukar kereta ini tahun...

Cadangan asal memang nak tukar tahun depan... malah aku dah buat plan... lepas raya jual Spectra dan guna kancil sampai ler hujung tahun atau pun sampai anak lahir sebulan... lepas tue baru cari kereta baru.... tapi kita hanya merancang... Allah yang tentukan...

Macamanapun, Spectra lama aku kurang memberikan masalah kepada aku... cuma saiz keluarga sudah kurang sesuai... Nuqman dan Pica asyik berebut nak baring...

Proses menunggu Nissan Grand Livina tak lama... dalam 3 minggu... itu pun sebab ramai yang nak cepat... untuk kegunaan Raya nie... Kali nie sempat memilih nombor kereta...

Photobucket - Meter spectra
Last servis daripada Spectra

Photobucket
Amacam?

Photobucket
Nuqman

Photobucket - Spectra dan Grand Livina
Grand Livina dan Spectra

Hari ini... (selepas 9 hari) aku sudah jalan lebih 1,600 km... masa untuk 1st servis...

bye-bye... Sekian...

Ahad, Oktober 05, 2008

Gambar

Dah di rumah... banyak gambar di tangkap untuk memenuhkan galeri is150.net. Banyak keluarga yang berjaya di lawati... cuma tak sempat nak menemu ramah semua... aku lebih banyak berdiam dan mendengar...

dapat ler beberapa data yang boleh di update... cuma agak terkilan sedikit... banyak rumah tak dapat di lawati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...