Tong NGV Meletup

Berita dah beberapa hari, cuma malam nie ada masa sedikit.... disebabkan aku ada seorang kawan yang menjadi promoter NGV nie... tong yang sebenar atau ori, memang mendapat pengesahan daripada DOSH.

Daripada Forum NIOSH

beberapa isu keselamatan yg timbul akibat dr tragedi ini:

  1. Disebabkan harga minyak yg tinggi dan kos pemasangan NGV yg tinggi, org mencari jln untuk mengurangkan beban tersebut dengan mengubah suai tong gas masak kat umah menjadi tabung NGV (which is i think dangerous)..
  2. Pemantauan ke atas syarikat2 atau bengkel2 yg memasang NGV, adakah
    mereka benar2 kompeten/bertauliah atau hanya menangguk di air keruh (untuk mengambil kesempatan/keuntungan atas keadaan semasa)
  3. Sekiranya terbukti sesuatu kemalangan berlaku disebabkan kesilapan
    pemasangan, apa peruntukan perundangan ke atas syarikat2 atau bengkel yg
    bertanggung jawab.
  4. Etika mereka yg terlibat dlm pemasangan NVG ini.. (Ada org dtg bawa tong gas masak suruh pasang jadi NGV, belasah pasang je or....)

Yg pasti, jadi mangsa adalah rakyat/ masyarakat..

Jawapan daripada NIOSH;

Ulasan ini hanyalah satu kemungkinan, berdasarkan maklumat yang dikemukakan dalam akhbar.

  1. Modifikasi ini adalah buatan sendiri, bukan dibuat oleh syarikat pemasang NGV. Syarikat pemasang NGV tidak akan menggunakan tangki LPG,sebab itu akan menyebabkan lesennya dicabut! Syarikat pemasang akan memberi pilihan tong yang paling murah, dari luar negeri, dari Brasil, China, -tapi masih memenuhi syarat.
  2. Saya percaya Van ini sudah dipasang dengan tangki NGV, sebab kalau belum dipasang, semua sistem assesorinya takkan ada. Tangki NGV asli ini dipasang kat belakang.
  3. Masalahnya, dengan satu tangki, hanya boleh jalan 150 km, sedangkan simamat ini selalu berjalan jauh. Maka dia perlukan 2 tangki! Maka dia pun pasang tangki LPG sebagai pengandung NGV tambahan, dan ini diletakkan dibawah tempat duduk hadapan. Gas keluar disambung terus kepada sistem yang telah sedia ada.
  4. Sekarang, apa yang terjadi : Tangki LPG dibina dengan tekanan maksimum 20 bar, atau 300 psi sahaja. LPG terdiri dari Propana 70% dan Butana 30%. Butana hampir tiada tekanan - iaitu gas untuk pemetik api. Tangki NGV bukan untuk gas yang dicairkan - tetapi gas yang dimampatkan! dan tekanan yang diperlukan adalah 200 bar, atau 3,000 psi! Tekanan gas di stesen minyak mungkin mencapai 3,500 psi!
  5. Apabila tangki LPG ini diisi, tangki ini tidak mampu menerima tekanan tersebut dan meletup - ini letupan fisikal! dan gas pun keluar. Gas ini
    terus terbakar oleh enjin yang hidup, dan ini menyebabkan letupan kedua, letupan kebakaran! Letupan2 ini sangat cepat sehingga mungkin tidak ada orang yang sedar ada 2 letupan!

Saya harap penjelasan ini adalah memuaskan. Tanggung jawab kita untuk memberi tahu masyarakat bahawa Tangki LPG hanya mampu menampung sepersepuluh daripada tekanan NGV! Menggunakan tankgi LPG untuk NGV berarti menempah maut.

Ir Daud Sulaiman

Apa yang layak aku komen???

1 komen