Apa aku nak cakap yea.... Serba salah jadinya, semua yang di taip akan di soal balik atau di 'interogate' satu per satu. Rasanya sudah nak meletup belon ni bila setiap masa cuba di tiup.... pepatah lama, sedikit demi sedikit, lama-lama habis gak.... Dan sebenarnya tahap pemampan dah lama habis... dah takde lagi apa nak di fikirkan... sudah terlalu tepu, kata orang kalau aku mati hidup balik tujuh kali jadi hantupun belum tentu aku akan mengulangi apa yang aku lakukan sekarang.... Mungkin pemiiran aku masih waras lagi... boleh ler bertahun beberapa ketika.... cuma tahap nak membunuh diri, lari, kena langgar sudah tidak dapat di nilai lagi...
Takde keja aku pergi lawat http://www.islam.gov.my/informasi/statistikperceraianseluruhmalaysia.php. Kadar semakin tahun smakin meningkat.... Scara umumnya pertambahan di antara 5-10% setahun.... Institusi keluarga sudah banyak berubah. Dahulu hanya golongan bapa pergi bekerja.... Zaman penaklukan penjajahan kembali lagi kali ini hak sama rata di minta... akibatnya ibu dan bapa pergi mencari nafkah....
Minggu ini merupakan minggu yang teramat-amat stress.... bermula dengan disertasi sarjana yang tidak selesai-selesai, perangai manusia, gelagat orang, ketidak ikhlasan individu DSB.... sudah tidak dapat di bendung lagi.... alangkah beruntungnya mereka-mereka yang mempuyai penyakit-penyakit kronik...
Pagi ni sibuk dengan beberapa laporan yang perlu dibuat, dan ada satu meeting yang aku sendiri perlu hadir.... masa dari pagi sehingga jam 3 petang berlalu tanpa perasan... Dan alhamdulillah, tengahari tadi sempat lunch di Buffet Equatorial Bangi.
Balik rumah agak lewat, bukan sengaja.... tetapi info memberitahu, si dia bekerja lewat... biar amik anak dah siap-siap makan malam... tak perlu lah aku bersusah payah nak bawak pergi makan.... Sambungan daripada statistik daripada islam.gov.my tadi... dunia sudah jadi tonggang terbalik... aku sudah dapat lihat dahulu lagi.... itu sebabnya sebelum berkahwin aku maklumkan orang rumah tak perlu bekerja... kalau tak tak payah panggil orang rumah... masalahnya zaman ini, manusia tidak boleh hidup tanpa barang-barang berjenama, tanpa harta, tanpa duit... setiap benda memerlukan duit....
Dahulu, aku impikan pulang bekerja di sambut oleh seseorang... penat bekerja, walaupun aku tidak bergerak di depan komputer seharian... Dahulu bila di luahkan kepenatan, aku di kecam... sekarang, apa yang di kecam sudah terus dilupakan.... Hari ini bila pulang dari pejabat, seluruh isi rumah pulang dalam waktu yang sama.... tidak lagi seperti dahulu.... isteri di rumah, anak pulang tengahari atau petang dan lewat petang baru si bapa tiba di rumah.... kini semua tiba serentak... semua kepenatan... dengan tanggungjawab yang ada, ibu bapa mengharapkan anak-anakknya adalah insan terbaik dan sempurna... apabila anak juga kepenatan, banyak tanggungjawab sebagai pelajar di abaikan... bagi mereka masa 2-3 jam yang ada dalam sehari di rumah perlu di gunakan sebaik-baiknya... masa inilah nak tengok TV, bermain, makan DSB... dan bila kanak-kanak menjalankan tugas sebagai anak-anak, kita tidak dapat menerimanya... habis di marahi anak-anak tadi di depan pasangan.... tergurislah perasaan pasangannya...
Prkara ini bukanlah perkara baru... Dulu pun mak aku sentiasa marah.... tak berhenti-henti berleter... cuma dia berleter selepas aku balik dari sekolah atau sebelum pergi sekolah... jadi bapak aku tak tahu macamana aku kena marah, maklumat yang di dapati hanyalah makluman-makluman dari pasangannya.... Kini, kemarahan tadi di lepaskan apabila semua berada di rumah serentak... semua kepenatan... dan sedikit sebanyak kemarahan yang di ganggu serta di kawal oleh syaitan yang di rejam akan menyelit sedikit sebanyak perkara-perkara yang terbuku di hati... tempias-tempias benci dan menyampah terkeluar tanpa di sedari... dan tempias-tempias ini lah yang terkumpul di dalam baldi seterusnya memenuhi baldi tadi.... apabila tersedar sudah terlambat... kerosakkan telah dibuat....
hmmm... apalah akibatnya bila aku cuba mengawal kemarahan... Api apabila terbakar boleh dipadamkan dengan dua cara... dengan api atau pun air.... kedua-dua tadi berupaya memadamkan api... cuma bezanya, bila dipadam dengan api... bahan yang dibakar semakin cepat terbakar... tiada sumber untuk di bakar tiadalah api.... sebaliknya apabila air digunakan untuk memadam api, sumber yang di bakar boleh di selamatkan.... namun kesan terbakar tetap ada...
0 komen