BonusCoin Banner

Rabu, Ogos 25, 2010

Hari Layan Web

Apa lah yang aku bazirkan sepanjang separuh hari nih.... Senang cerita mood untuk aku bekerja amat-amat berkurangan... macamanapun pagi tadi terbaca satu petikan daripada Quran, Subhanallah...

Allah lah sebijak-bijak membalas (perancangan) tipudaya.
Al Maidah : 54

Rasa tenang sikit selepas itu... dan kemudian aku memulakan hari dengan membaca Google Reader... beribu posting ada.... tak terbaca sangat pon...

Sempat singgah website legohacker. Dapat link daripada TrekToday. Blog seorang budak berumur 12 tahun yang mengodam set Lego Star Wars kepada kapal-kapal angkasa Star Trek. Ada bebeapa kapal daripada set-set Lego Star Wars tertentu. Antara kapal angkasa yang di buat ialah Klingon Battle Cruiser, Dominion Battle Cruiser, Federation StarShip, dan beberapa mini dan micro lego.... terasa semangat nak bongkar balik lego aku dan buat balik Land Speeder dan X-Wings.

Aku kemudiannya singgah ke blog Bebas Hutang, tertarik dengan artikel berkenaan inflasi. Daripada laman web BH:

Apa itu INFLASI?
Inflasi bermakna “kenaikan yang berterusan dalam tingkat harga umum”. “Harga umum” bermaksud harga yang menggambarkan paras harga bagi keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalam sesuatu ekonomi pada sesuatu masa tertentu.

Sempat singgah cisdel.com. Antara blog yang banyak kongsikan gambar-gambar unik didalam laman web. Antara post yang aku suka ialah karekter daripada Lego, tips ibu mengandung dan dan tips menjaga bayi.

Ok... sat lagi kena keluar bekerja lagi....

Khamis, Ogos 12, 2010

ASB

Jadual di atas merupakan maklumat berkenaan purata unit di dalam ASB, ASW 2020 dan ASM. Data menunjukkan purata unit bagi pemegang saha di dalam ASB ialah 10 ribu... jadi sasaran aku ialah menjadi lebih daripada purata.... sepatutnya aku ada lebih separuh dari nilai purata...

Macamana nak dapat nilai purata? Asal ada lebih sikit, ada sahaja yang memerlukan... serba salah aku... takpe, kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.... jadi azam pertama ialah tidak mahu keluarkan lagi ASB tahun ini dan azam kedua cuba mletakkan diri lebih dari nilai purata... Insya-Allah

Selasa, Ogos 10, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Ramadhan datang lagi.... insya-Allah esok seluruh umat Islam akan berpuasa tidak kira di mana sahaja... jadi dengan itu aku nak minta maaf kepada semua dan sesiapa sahaja yang terbaca tulisan ini....

Jumaat, Ogos 06, 2010

Menderma darah menurut perpsektif Islam

25 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Pemindahan darah (blood transfusion) adalah perkara yang baru dan muncul pada kurun yang ke 20. Semenjak ianya muncul , para fuqaha mengharuskan sekalipun nas-nas syara’ menyatakan najisnya darah yang mengalir dan haram penggunaannya melainkan dalam keadaan darurat.

Haram menggunakan darah dengan cara makan dan minum melainkan dalam keadaan darurat. Haram juga menjual menjual darah atau menggunakan darah dalam apa jua bentuk melainkan dalam keadaan darurat.

Diantara ayat-ayat dan hadis-hadis yang menggalakkan menolong adalah seperti berikut:

Firman Allah swt:

Dan sesiapa yang menyebabkan manusia hidup maka seumpama menghidupkan manusia keseluruhannya.” (32: Al-Maidah)

Firman Allah swt:

“Dan hendaklah kamu saling tolong menolong dalam kebaikan dan ketakwaan.” (2: al-Maidah)

Nabi saw bersabda:

من نفس عن مؤمن كربة نفس الله عنه كربة من كرب يوم القيامة والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه

“Sesiapa yang melepaskan satu kesulitan orang beriman, Allah akan melepaskan satu kesulitan dari sejumlah kesulitannya pada hari kiamat. Allah menolong hambanya selagi mana hambanya menolong saudaranya.” (Hr Tirmizi)

Nabi saw bersabda:

من استطاع أن ينفع أخاه فليفعل
“Sesiapa yang mampu untuk memberi manfaat kepada saudarnya hendaklah dia melakukannya.” (Sahih Muslim)

Pemindahan darah adalah salah satu bentuk bantuan yang amat diperlukan dan salah satu cara untuk menolong orang yang susah dan menyembuh pesakit. Darah tersebut tidak dikira darah yang mengalir yang dihukum najis kerana ia dijaga dan dikembalikan ke dalam tubuh badan manusia serta mengalir di urat seperti mengalirnya darah-darah yang biasa.

Bagaimana pula dengan darah kafir?

Syeikh Ismatullah Inayatullah telah berkata:

“Tidak ada beza diantara darah kafir dan darah orang islam pada asal pensyariatan untuk menggunakannya dan pengharusan memindahkannya ketika perlu. Sesungguhnya seperti mana diharuskan berkahwin dengan ahli kitab dan membentuk anak2 hasil dari perkahwinan itu dengan percampuran darah, maka pengharusan pemindahan darah diantara muslim dan kafir lebih patut diharuskan. Darah yang dipindahkan hanya bantuan bukanlah membentuk tubuh yang asal.”

Syarat-syarat pemindahan darah dari segi syara’ adalah seperti berikut:

  1. Bagi penderma: Baligh, berakal dan tidak dipaksa. Begitu juga tidak mendapat apa-apa kemudaratan dengan sebab menderma darah.
  2. Bagi penerima: Hendaklah pesakit itu memerlukan darah di peringkat darurat atau hajiat (memerlukan). Tidak ada benda lain yang mampu mengganti tempatnya. Hendaklah dengan izin penerima melainkan pada keadaan darurat yang tidak memerlukan keizinan penerima. Dalam keadaan darurat juga tidak perlu diambil kira bangkangan dari penjaga budak kecil atau orang gila yang mana pihak perubatan telah menyatakan wajib dilakukan pemindahan darah demi untuk menyelamatkan nyawanya.
  3. Pemindahan darah adalah bersifat tabarru’ (sedekah atau hadiah) tanpa melibatkan pertukaran harta kerana haram menjualnya. Diharuskan menggalakkannya dengan diberi pingat.Fatwa Akademi Fekah bagi Ikatan Dunia Islam telah menyatakan:

    "Adapun majlis ini berpendapat haran hukumnya mengambil bayaran dari pemindahan darah atau dengan erti jual beli darah . Ini adalah kerana darah adalah perkara yang diharamkan untuk dimakan yang dinaskan dalam Quran bersama bangakai dan babi. Perkara yang haram dimakan , haram jual beli dan mengambil bayaran. Telah datang hadis yg sahih:

    إن الله تعالى إذا حرم شيئا حرم ثمنه
    Maksudnya: "Sesungguhnya Allah swt apabila mengharamkan sesuatu, akan mengharamkan harga bayarannya."

Para ulama kontemperori telah bersepakat pada pengharusan pemindahan darah sehinggalah ulama yang mengharamkan pemindahan anggota juga mengharuskan pemindahan darah. Syeyd Abul A’la al-Maududi ulama yang mengharamkan pemindahan anggota telah berkata:

“Harus disisiku memindahkan darah kepada pesakit untuk menyelamatkan nyawanya. Tidak ada sebab untuk mengharamkannya dan menegahnya.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...