Hati

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan
adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika
raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya
".

Ikut hati mati,ikut rasa binasa... Sepanjang 2 tahun 6 bulan aku di tempatkan, pelbagai cobaan dan pengalaman telah di anugerahkan kepada Allah swt. Syukur Alhamdulillah, Semua ini telah lebih mematangkan pemikiran dan tindakan. Setiap tindakan kini lebih yakin dan kukuh. Walaupun memakan masa, namun kejayaan yang di kecapi terasa teramat manis.

Aku percaya selama ini, kebanyakkan daripada kita hanya mementingkan diri sendiri... termasuklah aku... walau sebanyak manapun penafian kita, satu quote yang pernah aku baca:

"In all intellectual debates, both sides tend to be correct in what they affirm, and wrong in what the deny."
John Stuart Mill

Mungkin kita tidak perasan... tapi ada kebenarannya. Setiap daripada kita kan merasa diri ini hebat, dan biarlah kehebatan itu merupakan kehebatan yang menyerlahkan diri. Islam menuntut kita memohon Jalan yang Lurus setiap hari... bukan 5 kali tetapi 17 kali sehari semalam... mohon di beri petunjuk Jalan yang Lurus daripada Pencipta yang maha Esa. Subhanallah. Dan seharusnyalah, kita memperolehi jalan yang lurus. Apabila umatnya memohon dan terus memohon... Insya-Allah jalan yang lurus itu akan di berikan.

0 komen