BonusCoin Banner

Isnin, Januari 31, 2011

Jalan Raya Cina

Lama giler tak update blog ni... Bila lepak sorang-sorang kat hotel baru teringatkan blog ni... Yang paling banyak update adalah melalui FourSquare... Check-in kat mana-mana je...

Ni duduk kat bilik tengok cerita "Curious Case of Benjamin Button" di Vision Four. Ada lagi channel ni di hotel. Kebanyakan hotel dah berubah ke HBO, Star Movie atau Cinemax... Hotel ni ada Vision Four sampai 3 channel dan channel jepun, korea dan sukan... Dan kurang mesra untuk family sebab takde channel kartun...

Alhamdulillah hari ni flight ke KK naik MAS. Sepatutnya flight aku jam 2 ptg, sampai KLIA jam 11:45 pg. Nak checkin dia dgn senang hati kata flight cancel tak ramai orang... Kalau aku sampai awal, boleh naik flight kul 12 tghari. Jadi dia bagi tiket jam 3:30 ptg... Melepak aku kat terminal... Sampai KKIA, flight tak boleh land. Capt Muzammil bagitau Airport Closed for unknown reason... Jadi kapal terbang kena buat pusingan sampai dibenarkan mendarat.

Turun dan terus ambil teksi ke Grand Borneo Hotel, 1Borneo. Hotel kira ok...


Hotel NIOSH KK tolong book... Guna GL, tapi kena letak security deposit sebanyak RM100... Office sepatutnya bgtau supaya senang nak bersedia awal... Dapat bilik mengadap jalan (1007). Lepas letak barang dan call rumah, aku turun jalan-jalan di Mall 1Borneo. Lebih kurang jam 7:30mlm...

Pusing-pusing, mauk Toy R Us, Apple Store, kedai-kedai... Malas nak makan... Kedai yang best kat sini ialah Daiso, Japan. Macam kedai 100¥ cuma semua barang RM5... Ikutkan hati macam-macam nak beli... Bila round dia kata ada cawangan di The Curve dan IOI Mall... Boleh bawak Fit pergi nanti. Banyak barang yang berguna bole di beli...

Kesudahannya aku tak makan. Bila di kenang ada breakfast di hotel... Lagipun jam 4:30 ptg tadi dah makan nasi goreng dan sate ayam atas kapal terbang.



Nak tidur dan esok kena bagi kelas ISO 9001 sehari di SSTC, Sepangar.

Hmm... Kena kasi rajin update... Hehehe

- Posted using iPhone

Location:Jalan Rampayan,Kota Kinabalu,Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...