Job Safety Analysis

Hari ini aku berada di Felda Residence Sahabat, Sabah. Bertolak dari Kota Kinabalu jam 7 pagi. Keluar hotel Promenade jam 5:30 pagi. Alhamdulillah, pihak hotel arrange sarapan pagi jam 5 pagi... Malam semalam tidur lewat sebab tengok movie Puteri Gunung Ledang di TV2. Tak dapat tengok sampai habis, tertidur... Last sekali yang aku ingat datuk bendahara suruh Tuah pergi kejar Gusti Putri sebelum terlambat.

Flight ke Lahad Datu lancar dan tiba tepat pada masa. Semalam masa tiba di KK, pilot terpaksa buat 2 kali percubaan untuk mendarat, cuaca agak buruk... Hujan lebat...




Sampai di Lahad Datu, aku di sambut oleh staff Felda Sahabat. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam. Niat asal nak tidur dalam kereta, rasa kurang sopan lak bila pemandu drive sorang... Jadi layan bersembang... Tiba sahaja di Resort Felda Residence, aku terus ke kelas dan ajak mereka minum pagi... Dalam jam 10:20 pagi, baru mula kelas Job Safety Analysis (JSA).

Aku masuk bilik selepas makan tengahari... Ingat nak mandi sebelum sambung kelas 2 ptg, malangnya tak berkesempatan... Kaki masih lengguh.



Kelas petang, aku tak berapa larat... Buat workshop dan aku lepak mknum teh tarik sementara group discussion. Sempat cerita sedikit asas JSA, peruntukan undang-undang (OSHA 1994) dan pengenalpastian hazad. Insya-Allah, esok boleh sambung langkah-langkah kawalan dan buat 2nd workshop. Petang kena bertolak ke Pekan Lahad Datu dan bermalam sebelum berangkat balik Bangi.






Line internet tak berapa baik... Tapi bolehlah dapat buat panggilan dan semak emel. Gps pun tak berapa baik, mungkin sebab awan penuh... Astro pun asyik putus-putus...


- Posted using iPhone

Location:Malaysia

0 komen