Salzburg Trip 2011

Tarikh perjalanan : 26 - 28 Desember 2011
Lokasi : Salzburg, Austria

Alhamdulillah, cuti sekolah "winter break" tahun 2011 kami sekeluarga ke Salzburg, Austria. Tarikh percutian ini di tetapkan dengan hasrat berjumpa makcik yang dalam masa yang sama dalam rangka percutian ke Eropah. Jadi, boleh dikatakan percutian sambil menyelam minum air. Satu keluarga rasa keseronokannya kerana ini cuti yang pertama sebagai sebuah keluarga sejak menjejakkan kaki ke Vienna, Austria.

Perjalanan di mulakan seawal 9 pagi dan mengambil masa selama kurang lebih 4 jam. Persiapan makanan dan permainan di dalam kereta telah di ambil kira terlebih dahulu. Al-maklumlah, kali ini kami sekeluarga menaiki kereta sedan, bukan lagi MPV. Jadi keselesaan anak-anak di belakang agak merisaukan kami...

Anak-anak di kerusi belakang
Perjalanan dari Vienna agak lengang. 26hb Desember merupakan hari cuti di Austria kerana 25hb (Hari Natal) jatuh pada hari ahad. Seperti biasa, waktu cuti jalan agak lengang. Masing-masing berehat di rumah. Kalau di Malaysia mau sesak jalan raya dengan orang keluar balik kampung, membeli belah DSB.... Di sini, shopping kompleks pun tutup...

Perjalanan yang selesa
Kami tiba di destinasi (hotel) lebih kurang jam 12 tengahari. Tetapi bilik hanya boleh masuk selepas 3 petang. Jadi lepas aku bayar harga sewa bilik 2 malam, kami terus mencari snow park. Agak kekok bila kali pertama hendak bermain-main dengan salji. Walaupun excited, banyak benda baru yang kami perlu belajar.

1st Snow Park
Seronok anak-anak bermain salji terutamanya Irisa. Nampak dia asyik tergolek-golek atas salji. Tak fikirkan langsung soal sejuk atau basah. Yang penting semua boleh bermain sepuas-puasnya. Lebih 2 jam di snow park tak terasa langsung. Masing-masing rasa seronok sangat, cuma yang agak terkilan aku tertinggal glider kat rumah. Tapi tak kisahlah... janji dapat main snow...

Habis main snow, kami balik ke hotel. Sempat singgah McDonald untuk makan, sepanjang perjalanan cuma makan roti-roti je... Malam jumpa Cik Dian dan alhamdulillah, kami jumpa sebuah restoren india makanan halal.

Dinner dengan Cik Dian
Esoknya kami berjalan bersama-sama Cik Dian. Di mulakan dengan melawat bandar Salzburg. Kami datang ke sini tanpa perancang. Hanya main redah ikut GPS. Banyak jugalah yang kami dapat jalan sekitar bandar Salzburg.


Kami bermula dengan mencari Mirabel Garden. Lepas dapat letak kereta, kami berjalan kaki ke rumah kelahiran Mozart. Kemudian ke Mirabel Garden dan akhirnya sempat singgah ke kedai Sacher Torte.


Di Mirabell Garden
Rumah Kelahiran Mozart
Habis merayau sekitar bandar Salzburg, kami bawa Cik Dian berjalan ke kaki pergunungan Alps. Sambil mencari snow park. Kami mulakan perjalanan dengan cuba melawat Hitler Eagle Nest. Cuma sedihnya ia tutup sepanjang musim sejuk. Ia akan di buka selepas bulan mei. Kena lawat lagilah selepas bulan mei.


Kami hanya berjalan sahaja mencari taman-taman salji. Cari tempat berehat dan anak-anak bermain salji. Pencarian kami membawa ke Konigsee, Jerman.


Stesyen ke Hitler's Eagle Nest
Arah ke Eagle's Nest
Di Konigsee
Minum petang
Sekitar pekan Konigsee
Separuh hari kami menghabiskan masa di snow park, Konigsee. Seronok dan cantik tempat dia. Jam 5 petang (dah gelap pun) kami ke Salzburg Airport bagi mengantar Cik Dian meneruskan perjalanannya tour eropah. Malam semua budak dah penat, balik hotel terus tidur.


Hari terakhir di Salzburg (28hb Desember 2011) kami sekeluarga melawat sekitar bandar Salzburg. Di mulakan dengan Muzium Permainan, kami membawa anak-anak bercuti mengikut minat mereka. 


Tiket sekeluarga untuk masuk ke museum permainan hanya E8 sahaja. Jauh sungguh beza dengan muzium permainan di Pulau Pinang. Muzium sini memang sesuai untuk membawa keluarga. Penuh dengan informasi dan sejarah tentang permainan.


Irisa di muzium mainan
Anak-anak boleh bermain di Muzium Permainan
Dalam muzium permainan
Selepas ke muzium permainan, kami sekeluarga berjalan-jalan sekitar bandar Salzburg. Cuba mencari jalan ke kota di atas bukit. Alhamdulillah jumpa jugaklah tram bukit ke kota atas bukit. Cuma yang sedihnya kami semua dah habiskan bateri kamera dan telefon. Tak banyak gambar yang boleh di ambil.



Pandangan atas ke Bandar Salzburg
Perjalanan balik
Alhamdulillah, Perjalanan ke Salzburg amat menarik dan menyeronokkan. Insya-Allah jika di beri rezeki kami sekeluarga akan ke sini lagi.

0 komen