Antara benda yang paling malas nak buat ialah basuh pinggan. Dulu kalau bujang boleh basuh sikit-sikit (tapi sampai menimbun la jugak). Ni bila isi rumah dah cecah 5 orang yang boleh capai pinggan mangkuk, opsyen tu dah tak boleh guna.
Percayalah, cuci pinggan ni boleh jadi satu isu dalam rumah tangga. Hendak-hendak singki boleh penuh balik selepas 20 minit selesai makan. Mana datang semua tu ntah... Bila marah anak-anak, lepas ni nampaklah pula mereka makan biskut berterabur (takut nak alas guna pinggan), cawan bawah sofa, sudu kat bilik dsb.
Kat rumah ni ada mesin basuh pinggan, cuma malas nak guna (baca : tak tahu)
Akhirnya selepas beberapa insiden, merajinkan diri untuk guna mesin basuh pinggan automatik. Rasanya kos taklah berapa mahal. Sekotak sabun tablet/serbuk baru €10, ada 45 biji tablet. Boleh cuci 45 kali lebih kurang. Dan untuk pelarut air perlu garam, kos garam €1 untuk 1.5 kilo.
Kalau dibandingkan dengan basuh secara konvesional, dengan penggunaan air, sabun, span, tenaga dll. Rasanya lebih jimat guna mesin.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Location:Ateliergasse,Vienna,Austria
4 komen