Do and Don't : Ibu Bapa dan Nurseri

Iman tamat tadika Krista Bandar Seri Putra 2010
Pagi ni buka FB, nampak member komen pasal Pusat Asuhan menganiaya anak-anak. Berpuluh-puluhlah komen mengatakan pasal si pengasuh ni. Banyak sangat isu pasal pengasuh, masing-masing memaki hamun pengasuh. Aku tahan je jari jemari untuk menaip (padahal malas nak taip pakai phone).

Dalam keadaan sekarang ni, bukan sahaja pengasuh yang mendera anak. Ibu bapa pun banyak kali kita dengar. Memang aku akui, bukan mudah menjaga anak-anak kecik ni. Anak sendiri yang seorang dua pun selalu buat kita marah, inikan pula 5-6 orang anak orang lain.

Alhamdulillah, petang ni terbaca blog jiran BSP yang kebetulan bercerita mengenai keluhan pengasuh lak. Jadi tanpa segan silu, aku memotong dan tampal di blog ni:

Geleng kepala si penjaga anak di taska bila anak yang dihantar dalam keadaan :

  1. Lampin pakai buangnya dah hampir tiris air kencing. Dah tebal sangat gelembung airnya. Apalah salahnya ditukar dulu lampinnya sebelum hantar ke taska. Silap-silap tiris air kencing si kecil di baju kerja, barulah rasa nak angin satu badan. Salah siapa, tanggunglah rasa. Tapi kalau tiris di baju pengasuh yang menyambut tu bukankah aniaya orang namanya. Agak-agaklahkan.
  2. Malas tahap gaban atau bebalnya si ibu atau si ayah bila pakaikan dua lapis lampin pakai buang. Kononnya nak tampung air kencing yang banyak. Situasi ini aku memang sangat-sangat menghairankan aku. Teori mana yang dia guna pun entahlah. Kalau gitu pakaikan aje 3 ke 4 lapis biar tahan sehari sebab dah malas sangat nak tukarkan lampin anak. Ini ada berlaku ye.. memang aku gelak besarlah masa tu, sebab berlaku depan mata.
  3. Ramai yang hantar dengan anak masih belum mandi termasuklah aku kadang-kadang tu. Oklah mungkin sebab tak sempat atau anak lena sangat tidurnya. Tapi tolonglah perkara 1 di atas tu jangan buat. Kalau dah belum mandi tentulah mulut pun ada air liur basi yang meleleh. Biasalahkan budak kecil. Apalah salahnya ambil sapu tangan lembab tu dan lapkan mulutnya biar bersih sikit dan cuit-cuit sikit jika ada taik mata melampau.
  4. Anak dah buang air besar masa kat rumah lagi. Basuhlah dulu sebelum hantar. Sempat-sempatkan ajelah basuh tu. Bukannya berlaku setiap hari pun. Lainlah kalau buangnya semasa dalam perjalanan ke taska. Terpaksalah dengan senyuman dan rendah suaranya meminta tolong pengasuh basuhkan. Jangan lupa "minta maaf ye kak!", berbahasa sikit bukannya mengarah. Barulah sejuk sikit hati pengasuh yang sedang menerima anak kita dalam keadaan yang sangatlah 'masam' tu.
  5. Hantarnya paling awal pagi dan ambil semula anak paling lewat malam daripada orang lain. Tapi bila pengasuh caj OT, macam nak melompat bila mendengarnya. Perkataan mahal dan tak bertimbang rasa pasti muncul. Pengasuh pun bekerja nak cari duit juga. Sebelum hantar dah tentu pengasuh beritahu siap-siap caj OTnya begini, waktu hantar dan waktu ambil. Kadang-kadang taska dah nak tutup pukul 9 malam pun, mak ayah tak juga muncul hingga pukul 10 ke 11 malam. Kesian pengasuh dan kesian si anak.
  6. Sudah diberitahu kepala anaknya berkutu dan mohon cuci kepala anak tu tapi tak ada tindakan lansung. Padahnya merebak ke kepala anak-anak orang lain di bawah jagaan pengasuh. Mulalah ibu bapa lain pun jadi marah juga.
  7. Anak terkena penyakit berjangkit yang serius seperti 'chicken pox', sakit mata dan sebagainya tetapi masih juga nak hantar anak ke taska. Ambillah cuti demi anak dan tidak menyusahkan orang lain pula. Janganlah jadi hamba kerja sangat.
Sumberwww.adzriel.com

Kadang kala kita hanya mendengar cerita di satu pihak. Teringat balik dulu masa lepak-lepak di kafe pejabat. Isu ini merupakan salah satu topik perbualan, terutamanya dengan mak-mak...

1 komen