BonusCoin Banner

Rabu, Februari 08, 2012

Harga minyak


Baru dari balik jalan-jalan blog. Masa singgah blog AzamRashid, terpandang kepada widget harga minyak yang di pasang. Harga setong minyak masih di bawah USD100. Malah petang semalam di berita TV pun ada menyatakan begitu. Untuk enam (6) bulan yang lalu harga minyak kekal dibawah USD100 setong.

Dan waktu ini jugalah aku teringat harga petrol di Malaysia. Kalau tak silap September tahun lepas masih kekal RM 2.10 seliter. Itupu kerajaan terpaksa naikkan harga petrol sebab harga minyak dunia meningkat, di anggar lebih USD 170 setong. Berbeza dengan harga minyak di Austria ini, harga petrol sekitar Euro 1.30 - 1.80 seliter. Kalau di convert memang terlalu mahal... dekat RM 4 seliter! Jadi rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur! Kerjaan berjiwa rakyat memberi subsidi minyak. Apa yang rakyat lupa ialah gaji lepasan sekolah (diploma) sini sekitar Euro 2 ribu. Berapa agaknya gaji pemegang diploma di Malaysia? Mungkin hampir RM 8 ribu.

Dan aku percaya sekarang, harga petrol masih belum di semak.

3 ulasan:

ajamz berkata...

tunggu lepas pilihanraya, mungkin suasananya akan berbeza

Iskandar Syahril Ibrahim Sukri berkata...

Kalau nak bet, sebelum pilihanraya ni harga minyak akan turun... hehehe

Liza @ Adzriel AB berkata...

he..he.. buat stok kat rumah boleh tak. nak cowtim dgn kak hasnah sebelah rumah Is dulu pun tak boleh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...