Antara perkara yang paling seronok adalah berjumpa kawan-kawan. Mungkin orang lelaki memang sifatnya macam tu. Lebih pentingkan kawan daripada keluarga. Kebanyakan keluhan daripada wanita yang aku dengar ialah, orang lelaki lebih pentingkan kawan. Apa kawan nak semua boleh.
Bila bercerita pasal kawan ni, teringat arwah opah selalu bercerita pasal Abah kat aku. Abah seorang yang cukup gemar membantu orang. Ada satu waktu, abah balik dari sekolah bersama orang arab mana ntah, arwah opah bagitahu Abah bawa masuk rumah orang tu dan dia minta opah sediakan makan. Mana dan bagaimana abah jumpa orang tu, Wallahuallam.
Malam rabu, atau selasa malam lalu kami berkesempatan menjemput kawan-kawan dari Malaysia ke rumah. Ada 3 tetamu dari Agensi Nuklear Malaysia dan seorang daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) di Vienna. Masing-masing atas urusan kerja. Insya-Allah jika ada lebihan rezeki yang diberikan Allah, dapatlah kami menjamu mereka. Alhamdulillah, Tn Syed Azmi dan Dr Moin dapat turut sama meraikan mereka. Kalau boleh nak jemput lagi ramai, cuma kerusi di rumah tak cukup.
Menu malam tu biasa-biasa sahaja. Fit sediakan nasi kabsah, nasi putih, gulai udang, ayam percik dan speghetti. Alhamdulillah, menu cukup malam tu. Insya-Allah bulan depan ada beberapa kawan akan singgah ke rumah lagi.
3 komen