Syria oh Syria



Beberapa minggu ni kat TV asyik cerita pasal perang kat Syria je. Umumnya aku ada lebih seribu siaran TV di Vienna ni. Yang tengok adalah dalam 10 siaran. Dan dalam banyak-banyak siaran tu, adalah dalam 20 siaran berbahasa engeris macam CNN, CNBC, BBC, Russia Today, Al Jazeera, Sky News, Arirang, CNC dan macam-macam lagilah. Majoriti berpihak kepada zionis.

Boleh dikatakan, minggu lepas sibuk bersiaran langsung berkenaan ketegangan di Syria. Masing-masing cuba membuatkan kita percaya Amerika perlu campur tangan bagi mengurangkan kekejaman rakyat Syria. Asalnya memang aku tak nak amik port, tapi lepas fikirkan kenapa Syria? Siapa Syria ni? Lepas ni siapa pulak? Dari Vietnam, Iran, Iraq, Libya dan macam-macam negara lagilah. Kini Syria lak. Semua ini disebabkan negara pendatang (settler state) seperti Amerika, Israel, Afrika Selatan, Australia, New Zealand dan Singapura.

Yang aku pasti, tiada apa-apa yang berlaku kat Syria. Ianya hanya satu batu loncatan untuk Amerika. Terutamanya di dalam musim / tahun pemilihan presiden. Dan selepas habis semua ini barulah dunia akan sedar seperti mana sebelum-sebelum ini. Jadi, pagi ini aku cuba cari cerita pasal Syria, macam-macam yang boleh dibaca cuma yang menarik perhatian adalah dari blog Tukar Tiub. Banyak pencerahan yang diberikan terutamanya dari sudut sejarah.

2 komen