BonusCoin Banner

Sabtu, Mac 10, 2012

Cerita kemas rumah




Petang semalam ramai-ramai ber'spring cleaning' ruang tamu rumah. Boleh je rumah bersih, bila habis je kemas rumah tetiba Iman bersuara. "Abah nak tau magik tak?"

"Magik apanya?" tanya aku.

"Lepas ni rumah berselerak balik" jawab Iman sambil gelak-gelak.

Nuqman lak bila time kemas rumah terus hilang. Campur dengan Irisa tetiba mengantuk, terus naik bilik tidoq.

Alhamdulillah, kemas gak rumah. Tak sampai sejam pun. Habis kemas, solat dan tengok muvi. Kali ni tengok cerita "Lion King". Budak-budak ni semua tak tau pasal Lion King. Aku pun baru tau. Kemudian baru perasan Lion King ni cerita tahun 1994. Dah 18 tahun rupanya, dah habis SPM pun...

Kami tengok Lion King ni pun sebab Nuqman asyik nyanyi lagu "in the jungle" tak habis-habis. Bila aku sambung dia terkejut. Kemudian baru tau yang dorang semua tak pernah tengok Lion King.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Bruckhaufner Hauptstra├če,Vienna,Austria

1 ulasan:

Liza @ Adzriel AB berkata...

he..he.. baru tau lion king. anak kak liza dah 16 tahun... pernah beli CD dulu bagi dia tengok masa kecik. samalah magik kat rumah kak liza ni... jap je kemasnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...