BonusCoin Banner

Rabu, Mac 14, 2012

Radio Kereta


Dah seminggu cerita ni ada dalam kepala, baru pagi ni sempat nak tulis. Itu pun sebab sekarang tengah lepak kat McDonalds sementara menunggu kereta siap ganti. Semalam pergi Ă–AMTC untuk tukar Pikerl, kira macam cukai jalanlah kat Austria ni. Lepas check, dorang suruh tukar absorber belakang kanan. Memang ada bunyi sikitpun, malah masa memandu dalam salju hari tu, terasa tayar belakang ada skid sikit.



Ok, minggu lepas masa perjalanan balik ke rumah. Tetiba Iman bertanya "Abah, radio kereta ni tahu ke kita kat mana?"

Aku jawab "Tak tahu sebab Abah tak beli software GPS Mercedes"

Iman sambung "Habis tu macamana kat radio dia tulis country Austria?"

Aku jawab "Itu Abah yang set lah"

Iman tanya lagi "Kenapalah Abah tak letak country Malaysia. Kalau tak boleh kita dengar radio bahasa Melayu. Takdelah dengar orang cakap Jerman je"

Hahaha, kalau bolehlah macam tu. Senangdah hidup kita nak oiii...

- Posted using BlogPress from my iPhone

1 ulasan:

Liza @ Adzriel AB berkata...

bijak anak abah... tak de frekuensinya sayang iman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...