Bertangguhpun kerja jugak

Kata orang lama, "kerja bertangguh tak menjadi". Aku nih asyik bertangguh je dalam membuat kerja, sampai bertangguh itu dah jadi kerja aku lak... Kerja tu takdelah banyak sangat, cuma zaman teknologi dan gadjet nih. Banyak sungguh gangguannya, bila nak mulakan kerja... Ada sahaja yang mengganggu... Macam sekarang nih, bila menaip banyak betul notifikasi dari game ipad. Macamana nak siap kerja.

Contoh kerja bertangguh aku yang terbaik ialah blog nih! Kebanyakkan entri semua dah basi... Tunggu dua-tiga hari barulah nak cerita. Itu belum yang asyik bermain didalam pemikiran aku lagi. Masih lagi berlegar-legar dalam kepala tanpa di kongsi kepada dunia.

Sebenarnya, aku pun takde bertangguh sangat pun. Kebanyakkan kerja yang bertangguh merupakan kerja-kerja adhoc. Lazimnya perjalanan kerja seharian adalah sama atau rutin. 30 minit setiap pagi, sebelum menghidupkan enjin kereta aku akan log-in dua website GPT (Get Paid To). Alhamdulillah, hasil istiqamah aku selama dua bulan ni, mula menampakkan hasil. Insya-Allah, dapat hasilnya kelak banyaklah yang akan aku kongsikan bersama di alam siber ini.

Cuma bulan ini rutin seharian telah bertambah. 30 minit ke sejam terpaksa di sediakan untuk wii. Bermain game sambil beriadah. Alhamdulillah, berat badan aku sudah semakin menurun. Aku bukan lagi dalam kategori obesiti. Insya-Allah, sebulan dua lagi nampaklah hasilnya.

Kini cuma sejam sahaja sehari yang mampu aku sediakan untuk kemaskini blog-blog aku yang lain. Pendapatan aku daripada blog agak terjejas sedikit, ekoran En Google mula meletakkan terma yang pelik-pelik. Jadi minggu ini aku banyak buat selidik mengenai pengganti iklan dalam laman web. Kemungkinan besar aku perlu menjual produk, lagipun 9 daripada sumber rezeki datangnya dari perniagaan.


- Posted using BlogPress from my iPad

0 komen