Akhirnya tengok gak aku cerita Adam dan Hawa. Rabu minggu lepas marathon 30 episod. Semalam habiskan lagi 6 episod. Semua sekali ada 80 episod katanya. Ada ke keinginan nak tengok sampai habis? Wallahuallam.
Kenapa aku boleh terjebak? Sebab mudah, 'setengah aku' memang kipas susah mati Aaron Aziz. Disebabkan ada En Aaron berlakon jadi dia tengok. Lepas tu beli novel dia.
Cerita ni di buat berdasarkan novel terlaris. Kisah ego manusia, ego sehingga tidak berpaksikan kepada Iman. Kisah seorang wanita yang teraniaya, terpaksa berkahwin setelah ditangkap khalwat. Kemudian dia lari . Suaminya setia menunggu beberapa tahun lamanya sehinggalah mereka bertemu kembali. Suaminya yang di kategorikan jejaka idaman Malaya tetap setia menunggu.
Setakat episod ke 36 yang aku dapat tonton, aku cukup menyampah dengan watak Hawa. Seorang wanita yang kononnya baik dan dari kampung. Satu tanggapan melayu kuno. Dari kampung mesti baik. Tanggapan yang menjerar mereka dari kampung, menjadikan mereka ego dan merasakan syurga adalah ketetapan buat mereka.
Hmmm... Ada lagi lebih 40 episod. Adalah drama Malaysia yang boleh layan di bumi Eropah sini. Lepas ni nak layan cerita 'Keluarga Iskandar' lak
LATEST POSTS
-
Sebab ada member tanya pasal BitCoin. Tadi saja lah check baki wallet. Lebih 10 hari gak lah tak check balance (takde tambah apa pon). Dan i...
-
Baru-baru ini, saya telah menghadiri satu kursus dalam talian yang sangat menarik dan bermanfaat tentang Kesedaran Kesihatan Mental (Mental ...
-
Jumpa poster promosi FB di india. Sungguh menarik. Dalam masa sibuk melayan FB memang kita selalu terlepas pandang perbuatan kita. Ini bagus...
-
Pagi ni gambar-gambar YB Mahfuz menarik perhatian. Media cuba membuktikan yang Mahfuz menipu dengan jarak dia dengan DSAI adalah 3 orang. Bu...
-
Kos menunaikan ibadah haji telah meningkat dari tahun ke tahun, seiring dengan inflasi dan kenaikan kos perkhidmatan. Namun, jika dibandingk...
-
Emas telah lama diiktiraf sebagai salah satu pelaburan yang paling kukuh dan dipercayai. Bagi mereka yang ingin menambah kepelbagaian dalam ...
0 komen