BonusCoin Banner

Jumaat, Oktober 26, 2012

Cuti musim luruh 2012 - hari 1

Lama tak bercuti dengan keluarga. Cuti musim panas lalu sibuk dengan berpuasa dan pindah rumah. Tak dapat nak merancang bercuti. Di kesempatan cuti musim luruh tahun ni, kami sekeluarga bercadang ke Klagenfurt, Austria dan Venice, Itali.

Alhamdulillah, sekolah cuti seminggu setengah. Pejabat UN pula cuti 25 & 26 Oktober 2012. 25 cuti Austria dan 26 cuti sambutan Aidiladha. Lebih kurang 4 hari kami sekeluarga bercuti.

Pagi ini lebih kurang jam 9 pagi kami bertolak ke Arriach, Austria. Tempat menginap dah ditempah melalui emel. Kami tempah Apartmen di kawasan pergunungan Alps di Arriach. Jarak dari rumah lebih kurang 370 km atau 5 jam perjalanan.

Seronoknya, ini kawasan pergunungan. Sejuk dan nyaman, kawasan perkampungan. Kalau musim sejuk memang menarik. Dari bilik cuma 8 minit berjalan ke kawasan bermain ski. Di sekitar penuh dengan kawasan-kawasan ternakan.

Sampai ke apartmen dalam jam 1 petang. Berehat sekejap dan kami sekeluarga keluar berjalan ke kawasan sekitar. Seronok dapat ber'hiking' di kawasan hutan pergunungan. Suhu 8 darjah C tidak terasa. Seronok mengamati dan menghayati pemandangan bumi ciptaan Illahi. Hampir 2 jam jugalah kami berjalan.

Di apartmen disediakan dapur dan perkakas memasak. Bahan-bahan semua telah kami bawa. Kami sepatutnya singgah Hofer, sebelum terus ke apartmen. Sepatutnya beli bekalan telur dan susu untuk sarapan pagi esok. Jauhnya ke pekan terdekat dalam 20 km.

Insya-Allah esok kami ke Minimundus.

Pusing-pusing kawasan sekitar apartmen
Aku dan mem
Hiking di Wurzelpark Arriach
Hiking

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...