BonusCoin Banner

Jumaat, Jun 28, 2013

Projek Iqra : #shoppingraya2013

Apa indicator dekat raya masa kini? Walaupun jauh dari Malaysia, semalam semasa memandu dan mendengar Suria FM, dah ada iklan-iklan kurma Yusof Taiyoob. Hmmm... petanda Ramadhan dah dekat... InShaAllah, dapat bertemu ramadhan lagi tahun ini. Ramadhan di perantauan dan tahun ini masih di dalam musim panas. Bermakna puasa 18 jam lagilah tahun ini.

Sambutan raya kini mungkin tidak semeriah yang di ingat, berbanding zaman kanak-kanak dulu. Baju baru, main bunga api, masak-masak juadah raya DSB... semuanya tidak lagi seperti dahulu. Masa zaman kanak-kanak dulu baju baru bukan perkara selalu dialami dan dirasai. Berbanding sekarang, tumbuhnya pasaraya-pasaraya besar dan kedai-kedai online. Hampir setiap bulan anak-anak kita membeli baju baru. Dengan adanya TV dan FB, fesyen baru ada hampir setiap waktu. Malah aksesori seperti kasut dan beg tangan juga silih berganti.

Ini buat aku terfikir, apa makna Aidilfitri buat anak-anak aku? Dimana kegembiraan dan keseronokan mereka di dalam menyambut aidilfitri? Walau apa pun kemeriahan aidilfitri, kita sebagai ibu bapa akan cuba terus menjadikan sambutan aidilfitri ini meriah. Tahun lepas, walaupun jauh dari Malaysia, kami cuba menyediakan juadah-juadah Aidilfitri seperti lemang, ketupat, rendang dan macam-macam lagi.

Apa yang penting, kemeriahan suasana aidilfitri tetap dirasai walau di zaman apa pun kita berada. Di FB dah mula iklan-iklan kuih raya, busana raya, dan macam-macam lagi. Seronok bila dapat lihat, aidilfitri dalam diam banyak memberikan kegembiraan sama ada secara sengaja atau tidak. Walaupun semua kuih-kuih ini boleh di dapati bila-bila waktupun. Namun ia tetap di cari bila tiba aidilfitri. Keseronokan mengunyah kuih raya sambil menonton TV tetap ada.

Perkara-perkara ini membuatkan aku kagum terhadap sekumpulan rakan yang cuba memberi kenangan indah aidilfitri kepada anak-anak yatim. Projek Iqra' yang diusahakan wajar diberikan perhatian. Projek Iqra' memberikan kita peluang berkongsikan kegembiraan raya kepada anak-anak yatim. Dikatakan lebih 200 orang anak yatim ada untuk kita menyumbang.

Projek #shoppingraya2013 oleh cuba memberi sendiri pengalaman kepada anak-anak yatim pergi berbelanja sendiri keperluan-keperluan Aidilfitri di pasaraya. Ini merupa satu pengalaman yang sungguh bermakna buat anak-anak kita, yang mana ianya bukanlah sesuatu yang biasa buat mereka. Bukan pengalaman berbelanja besar dan mewah yang di minta, tetapi cukuplah sekadar pengalaman keluar berjalan-jalan. Pengalaman ber'shopping' yang mungkin hanya dapat dilihat melalui kaca TV atau hanya di baca di buku-buku cerita. Malah jika kita membaca majalah-majalah komik macam gila-gila, ujang, DSB... Shopping Raya merupakan antara kartun-kartun yang di tonjolkan. Kemeriahan Shopping ini mungkin sukar dikecapi buat mereka-mereka ini.


Apa yang boleh kita sumbangkan? Apa yang kita mampu? RM 5, RM 10 RM 100? Atau lebih berharga lagi masa kita? Luangkan masa membawa anak-anak ini sendiri pergi membeli belah Aidilfitri. Aku percaya setiap diantara kita mampu berbuat demikian.

Jom 'LIKE' laman muka buku  Projek Iqra' : https://www.facebook.com/ProjekIqra atau lawat http://www.projekiqra.com/. InShaAllah, kita mampu mengubahnya.

1 ulasan:

Bunga Rampai berkata...

As salam Iskandar, lama benar tak jengok blog ini... err, blog saya sendiri pun tak terjengok sebenarnya dek kesibukan yang melanda. Ada masa senggang untuk beberapa waktu ini, jadi, saya pun kembali berceloteh :))

Ini projek yang memberangsangkan. Alhamdulillah, ada keuntungan dunia dan akhirat. Mudah-mudahan hati kita dilembutkanNya untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Baju raya sekeluarga terutama anak-anak dah tempah ke, atau dah siap kot? :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...