BonusCoin Banner

Rabu, Julai 10, 2013

Salam Ramadhan

Diam tak diam, ini merupakan tahun kedua aku menyambut Ramadhan di bumi Vienna, Austria. Sama seperti tahun lalu, ramadhan di musim panas. Cuma bezanya tahun ini Nuqman dan Iman berpuasa di Malaysia. Jumaat minggu lalu berangkat ke Malaysia, InShaAllah berpuasa bersama atuk, oma dan tok mereka.

Alhamdulillah, malam pertama terawikh dapat di Pusat Islam Vienna (Vienna Islamic Zentrum). Itu pun hampir-hampir diperdaya untuk bertarawikh di rumah. InShaAllah tahun ini berazam dapat 50% terawikh di masjid.


Malam ini jiwa agak terganggu sedikit. Solat pun kurang khusyuk. Bagaimanapun, Alhamdulillah aku telah di uji dengan sifat sebenar separuh diri aku. Dalam pada aku menjemput rakan-rakan dari Malaysia yang bertandang di bumi Austria, baru tersedar yang keikhlasan ini hanya bertempat. Hanya mereka yang berkempentingan dan rapat sahaja kita membantu. Mereka yang lain biarlah nak jadi apa pun. Walaupun telah dimaklumkan, namun bila mereka tidak berkepentingan biarlah mereka mati. Janji tidak menyusahkan kita. Astafirullah, syukur Alhamdulillah aku telah diberi petunjuk ini.

Dalam waktu-waktu macam inilah, aku teringatkan pesan mak. Sebagai manusia biasa, memang tidak dapat lari dari membenci seseorang individu, namun jangan sesekali kita mengajak orang lain sama membenci individu tersebut. Biarlah hanya kita berdosa, asalkan tidak kita mewariskan dosa-dosa itu sekali.

Sekali lagi, syukur kepada Allah swt...


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...