Destinasi pertama.... DUBAI
Berapa banyak kali singgah Dubai tetapi hanya di airport. Bila kekawan tanya dah ke Dubai, jawapannya pernah. Hakikatnya hanyalah menjejakkan kaki ke lapangan terbang sahaja.
Kali ini, kami sekeluarga mengambil penerbangan balik ke Kuala Lumpur bersama Emirates. Kami mengambil transit 22 jam. Alhamdulillah penerbangan kami ke Dubai sungguh selesa. Tiba di Dubai lebih kurang jam 11 malam dan terus mengambil teksi ke apartment yang ditempah melalui Booking.com
Punyalah seronok, dalam perjalanan ke apartment melilau semua mata melihat restoren-restoren halal. Rasa macam nak singgah je semua restoren tu. Anak-anak pula asyik tunjuk KFC, Dunkin Donut, Subway DLL... Maklumlah, di Vienna hanya mampu melihat. Nak singgah tiada pengesahan halal...
Pada ke esokkan pagi, kami telah menempah perkhidmatan teksi persiaran. Atas ehsan pakcik google, kami dapat book 2 pakej, pagi melawat sekitar bandaraya Dubai dan petang pakej 'desert safari'. Pakej termasuk menghantar kami terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, bagi penerbangan kami ke Kuala Lumpur pada jam 9 malam.
Bezanya, kami tidak dapat menunggu sehingga persembahan tarian gelek habis. Kami terpaksa bertolak awal ke lapangan terbang, bagi mengejar penerbangan jam 9 malam.
Di Dubai ada insiden yang tidak berapa menarik. Teksi pelancongan kami tiba agak lewat, lebih kurang 45 minit lewat. 3-4 kali jugalah telefon agen. Hampir-hampir hendak di batalkan pakej internet dan ambil pakej dari apartment. Harga yang ditawarkan pun agak murah.
Alhamdulillah, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Itu yang aku percaya. Setiap kesabaran ada ganjaran olehNya. Rupa-rupanya, Allah swt mahu memberikan kami pakej berjalan-jalan sekitar bandar Dubai secara percuma. Syukur Alhamdulillah. Sebagai menghormati masa dan hak pelanggan, syarikat perlancongan memberikan kami percuma pakej pertama.
0 komen