BonusCoin Banner

Sabtu, Januari 04, 2014

Home Leave Part 3

Yeaa... Sampai KL... Duduk 2 malam di Bandar Seri Putra dan kami bercuti sekeluarga ke Pulau Langkawi.

Hajat di hati nak berkonvoi memandu ke Kuala Kedah. Cuma diri masih belum adaptasi dengan waktu Malaysia. Jam 3-4 pagi masih tidak boleh tidur. Pagi jam 9 dah keluar menyiapkan urusan-urusan diri dan keluarga. Sempat lah kami ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk urusan MyKad yang hilang. Seharian di Maybank bagi urusan penggantian kad bank dan ASNB. Singgah HSBC bagi urusan penyelesaian kad kredit. DSB...

Masih ada beberapa urusan tertangguh. 3 kali singgah JPJ (Putrajaya dan Bandar Baru Bangi), urusan tabung haji, urusan Bank Rakyat DLL... Kena adjust kemudian lah nampak gayanya.


Aku sekeluarga ke Langkawi dengan menaiki pesawat Malindo Air. Sungguh menganggumkan servis Malindo Air. Rasa sungguh berbaloi dengan seat yang selesa, minuman dan snek serta sistem hiburan digital yang lengkap.

Percutian ke Langkawi kali ini dengan seluruh ahli keluarga aku. Hanya seorang adik ipar tertinggal atas alasan kesihatan. Kalau tak lengkap percutian seluruh keluarga Ibrahim Sukri & Rose Anita.

Di Langkawi hanya 3 hari dan 2 malam. Kami hanya sempat menaiki kereta kabel ke Gunung Mat Chincang, pakej island hopping (tasik Dayang Bunting, bagi makan helang dan mandi laut) dan melawat kedai-kedai.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...