Hasil MH370




Seminggu 2 ni penuh dengan cerita-cerita mengenai MH370. Pesawat MAS yang hilang dan akhirnya di putuskan tengelam di lautan hindi. Takziah di ucapkan kepada semua. Satu peristiwa yang banyak membuka mata aku.

Dari hari pertama berita kehilangan pesawat. Sebahagian daripada hidup aku menjadi tidak tentu arah. Serba tak kena. Semua yang berlaku di sekitar adalah salah. Mungkin sebab kerjaya yang tidak putus-putus menaiki pesawat. Tetapi tidak sebahagian lagi. Sebahagian lagi berkata, kenapa bukan aku?

Peristiwa ini juga telah mengeluarkan pelbagai teori dan pandangan. Daripada kehilangan biasa, kerosakan pesawat, teroris, bunuh diri, marah keputusan politik, perang dunia, culikan pakar dan macam-macam lagi. Semua ini hanyalah teori dan pandangan individu. Dan yang lebih penting... bagaimana teori ini di sampaikan. Teori-teori ini hanya nampak benar bila di mainkan di media-media.

Hari ini aku lihat ramai individu-individu memaki hamun media-media... seolah-olah diri itu maksum! Sedar atau tidak selama ini media-media lah yang dipercayai dan menetap fikiran sendiri. Cuma bezanya kali ini bukan yang di gemari atau yang mahu di dengari.

Harap-harap selepas ini sebelum  memaki hamun pihak yang tidak di gemari... ingatlah peristiwa ini...

0 komen