BonusCoin Banner

Khamis, Oktober 23, 2014

Kelar Anak

Awal tahun ini kita dikejutkan dengan berita seorang ayah yang mengelar leher anak-anaknya. Kemudian dia cuba membunuh diri. Ayah itu dikatakan seorang yang alim dan ahli surau, tidak disangka boleh berbuat demikian. Maka keluarlah semua cerita mengenai ayah itu. Semua sejarah lahiriah yang diketahui...

Pada masa itu, aku tidak salahkan ayah itu. Malah aku percaya apa yang ayah itu buat. Aku boleh rasionalkan sikap dan perbuatannya. Tidak cukup dengan itu, aku boleh kaitkan dengan diri aku.

Minggu ini aku diuji. Minggu ini tahap ke'cool'an aku sampai kemuncak. Aku sudah tidak dapat bertahan lagi. Mungkinkah sudah tiba masanya? Mungkinkah akan berakhir?

Bagi aku, sudah tiada apa lagi yang boleh aku korbankan. Sudah tiada nama, tiada pangkat, tiada harta... Yang tinggal, hanyalah diri ini. Memikirkan ua bukan milik aku, ianya hanya pinjaman olehNya. Maka... Memang tiada apa lagi yang mampu aku lakukan...

Sabtu, Oktober 18, 2014

Cakap

Argh... Dengan siapa harus aku bercakap? Kalau asal cakap semua salah. Kalau bagitau kata aku nak menang. Bila tak bagitau, habis semua hanyut. Kenapa?

Sungguh... Aku sudah tidak larat. Sudah hampir sampai kemuncak. Sudah hampir meletup...

Ada waktunya, aku hanya ingin bersembang, hanya ingin berbual, hanya ingin bercakap. Kalau setiap apa yang keluar semuanya salah... Apa yang perlu aku katakan...

Benar kata pepatah... Di telan mati mak, di luah mati bapak.... Kulum ajelah sampai tak bernafas...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...