BonusCoin Banner

Isnin, Februari 08, 2016

Dari Andalusia ke Amerika

Bacaan minggu ini. Cubaan mendapatkan ilmu mengenai sejarah Islam dari benua eropah hingga ke Amerika. Banyak kupasan fakta yang di kongsikan. Buku ini juga cuba mengetengahkan fakta-fakta kekuatan islam yang cuba di sorokkan oleh musuh-musuh Islam. Benar kata Garak (Star Trek : Deep Space Nine), sejarah di tulis oleh siapa yang menang.

Buku yang di tulis oleh Aidil Adha Sulaiman seorang sahabat lama yang mencintai sejarah dan ketamadunan Islam. Banyak yang aku belajar daripadanya. Sejarah mengenai Sultan Muhammad @ Al Fateh juga aku belajar darinya. Seorang yang tidak kedekut ilmu dan tidak pernah berputus asa berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan.

Sebuah buku yang mudah difahami dan penuh dengan ilustrasi. Bacaan yang sesuai di kongsikan bersama dengan semua.




Selepas membaca buku ini, tercari-cari pula aku mengenai sejarah kota Melaka. Satu sejarah empayar Melaka yang cuba di lenyapkan oleh penjajah barat.

- Posted using BlogPress from my iPhone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...