Adil

Hmm... topik yang payah nak tulis kat sini. Macamana boleh terfikir pasal topik adil seminggu dua ni?. Mungkin sebab bulan lepas aku di kejutkan dengan topik ini oleh seseorang.

Peristiwa yang berlaku beberapa bulan lalu, bila mana ada seorang kawan yang hendak pulang ke Malaysia. Atas dasar ingin menolong, walaupun hantar ke lapangan terbang. Aku jenis yang suka meletakkan syarat. Jadi kali ini, aku minta dia bawa balik sedikit barang untuk di hulurkan kepada keluarga aku di Malaysia. Oleh itu aku mula mencari beberapa barang dapur, coklat, mainan dan apa-apa yang boleh aku muatkan satu beg kecik. Dapatlah aku muatkan satu balang Nutella, beberapa coklat dan biskut, dan Nuqman pass kan mainan Transformer yang aku pernah beli di US dulu. Hal ini telah aku maklumkan kepada isteri.

Inilah rupa beg

Apa yang aku tak jangka. Benda ini melukakan hati isteri aku. Selepas seminggu bermuka masam, berdiam diri, menghempas-hempas barangan di rumah, memarahi anak-anak dan macam-macam lagi yang aku malas nak cerita. Akhirnya dia tewas dan memanggil aku. Topik yang penting, lain kali kalau nak bagi barang kat keluarga abang, keluarga dia pon mesti dapat barang yang sama. Hmmm... sungguh syaiton nirojiimmm perangai aku kan.... Hina sungguh tindakan aku ni.

Ok, aku belajar dari kesilapan. Jangan hantar apa-apa kepada keluarga aku, sebabnya.... Sebabnya, 2 minggu lalu, adik kepada isteri aku sakit. Perkara ini telah menjadikan dia tidak tentu arah. Al maklumlah, keluarga tersayang tidak berapa sihat. Jadi setelah beberapa hari menyediakan makanan dengan penuh kemarahan, apa-apa yang anak buat silap habis di marah habis-habisan... Aku mengambil keputusan menghantar dia balik ke pangkuan keluarganya. Di saat keputusan itu dibuat, barulah aku nampak riak-riak keceriaan di wajah isteri. Ikutkan aku, malam tu juga nak hantar balik. Tapi aku buat keputusan beli tiket esok petang.

Dalam tempoh tak sampai 20 jam... satu senarai di hantar untuk di beli. Juicer, mesin jahit, mainan semua di angkut untuk di beri kepada keluarga tercinta. Dan aku terfikir, kali ini tak pe pulak kalau keluarga aku tak dapat....

0 komen