Dah nak balik

Akhirnya, perantauan kami ke bumi Austria sudah menghampiri penghujung. Setelah 6 tahun merantau di bumi orang, InShaAllah akan pulang juga kami sekeluarga ke bumi Malaysia.

Macamana? Gembira?... Sangat...

Bagaimanapun, dalam masa enam tahun di bumi Eropah ini. Banyak pengalaman suka dan duka. Bukan sahaja pengalaman, rumah pun penuh dengan pelbagai barang. Bila pack baru nampak, ada tak kurang dari empat set periuk ada. Ntah bila nak guna, Wallahualam. Tu tak kira lagi barang-barang yang penuh di stor. Banyak-banyak pun, hampir semua beli dengan nilai mampu milik atau nilai yang menyesal kalau tak beli.

Kawan-kawan dan adik beradik... sila bersedia ye...

Kotak-kotak
3 hari gak packer amik masa mengemas rumah. Nak kemas rumah yang ada 4 bilik, 2 stor, 2 ruang tamu, taman, 1 ruang kasut... Yang aku kagum, memang pantas dorang buat kerja. Kalau tak berhati-hati... habis semua sampah di kotakkannya. Yang aku pasti semua habuk-habuk Vienna ni dah masuk kotak.

Semalam, nasib baik nampak dorang tengah menyimpan kasut. Kalau tak habis semua kasut-kasut di simpannya (memang dah simpan pon). Terpaksa minta buka balik dan amik simpan kasut masing-masing. Itu pun 2 dompet dan kunci kereta habis di simpannya. Alamat amik kat Malaysia lah nanti. Tapi IC anak-anak kema buat report. Kalau tak, tak boleh keluar lak dari Eropah ni. Kunci kereta lak, kunci pendua. Boleh aku tak ingat langsung nak amik simpan. Petang ni bila ada orang mesej nak tengok kereta esok, baru teringat pasal kunci pendua.

Akhirnya kontena sampai


Angkut

Hampir selesai

Bilik basement
Kesian gak tengok 6 orang packer ni. Penat ooo... aku yang tolong kadang-kadang ni pon nak give-up. Nasib baik cuaca hari ini elok. Tak berapa panas, tak berapa sejuk... syok-syok gitu cuacanya.


Siap susun semua dalam kontena

Habis
Alhamdulillah... selesai... lepas ni nak kena kemas rumah, cat balik rumah.... sebelum pulangkan kembali kepada tuan rumah.

Lepas ni dah boleh mula balik selesaikan kerja-kerja DQ.

0 komen