Pelamin Anggan Ku Musnah

Dua tiga hari kebelakangan yang sungguh mncabar. Selesai satu aktiviti, datang lagi aktiviti yang lain. Tak cukup nafas pula rasanya. Apa yang paling sedih 2-3 hari ni. Aktiviti kripto terbantut... permainan-permainan online yang aku main pon terganggu.


Yang paling sangat-sangat terkilan, bila buka website MoonDoge, MoonBit dan MoonLite. Tengok claim terakhir lebih 24 jam. 34 jam tu. Kalau 25 atau 26 jam, ada harapan tarikh belum bertukar. Ini bermakna loyalti bonus di reset kembali ke '0'... Rasa nak nangis pun ada ni. Apa taknya, loyalty bonus MoonDoge aku dah 100% kot... Di kala nilai dogecoin meningkat 2 kali ganda dalam tempoh 100 hari yang lalu... Jadi pegangan Dogecoin aku makin meningkat nilai dia.

Mati-mati aku ingat, dah claim sebelum tidur semalam. Maklumlah selalunya setiap pagi dan malam akan buka sekali. Kali ni memang hectic aktiviti harian. Kerja-kerja DramaQueens dan ANSARA pun banyak tertangguh ni. Cerita-cerita TV yang ikut setiap minggu pun banyak terlepas. Sempat kot nak cover semua dalam masa terdekat ni.

Doakan yang baik-baik... InShaAllah

0 komen