Kenapa tulis blog?

Banyak nak tulis... cuma tidak berkesempatan. Tapi benda ni bermain dalam kepala untuk tulis di blog ini. Dah beberapa hari, cuma tak dapat nak mencuri masa lagi.

arah pingan?
Ok, beberapa hari lalu aku ditanya kenapa aku suka tulis semua benda dalam blog. Orang yang baca kan nampak banyak benda yang aku tulis ni negatif. Ada kebenarannya, tapi macam aku selalu beritahu, setiap perkara ada positif atau negatifnya. Terpulang untuk kita pilih nak lihat yang mana. Nak puaskan hati semua orang memang tak dapat. Macam cerita Luqmanul Hakim dengan anaknya yang membawa keldai berjalan. Apa yang dilakukan semua akan diperkatakan oleh orang sekeliling, nampak sahaja yang tak betulnya. Penyudahnya, mereka berdua yang membawa keldai itu. Kenapa terus menulis, memang tidak terungkap dengan kata-kata. Salah satunya boleh kaitkan dengan lagu 'Suatu Masa' oleh Sifu Dato' M. Nasir. Moga ada cahaya di penghujung.



Aku bukanlah seorang yang bijak berkata-kata. Tak pandai nak meluahkan apa yang aku rasa. Aku antara orang yang akan kalah dalam berdebat. Itu memang kelemahan besar, dan biasanya aku atasinya dengan berlengah-lengah untuk aku terus berfikir. Memang aku fikir slow. Orang rumah aku kata, orang Perak memang slow dan lambat.

ok, nak siap pergi mandi. Dah nak maghrib ni

Lirik Suatu Masa - M.Nasir

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

0 komen