BonusCoin Banner

Ahad, Oktober 07, 2018

Suami yang sakitkan hati Isteri

Pagi ni dapat link Blogmazeer : Ingatlah Suami dari whatsapp. Kita sebagai suami selalu di ingatkan perkara ini, moga-moga kita terlepas dari perkara-perkara yang negatif. Bak kata Uncle Shaf, fikir yang baik-baik ye.

Intipati dari apa yang blog tu nak cerita ialah, Suami kena mudahkan urusan isteri. Apa definasi mudahkan urusan? kena buat semua kerja? kena selesaikan semua perkara?

Adakah kalau pinggan dalam singki ada 10 biji, dan suami hanya basuh tiga (3) daripadanya. Ia boleh dianggap mudahkan urusan? Atau, suami kutip baju kotor, basuh baju kotor, sidai baju basah dan kutip baju kering... Lipat dan gosok baju tu tak di buat. Adakah itu boleh dianggap memudahkan urusan isteri?

Atau yang lebih, suami berkorban jawatan dan pangkat semata-mata ingin memberi laluan buat isterinya lebih cemerlang dalam kerjaya. Bolehkah itu di kira sebagai memudahkan urusan?


Percayalah, buatlah seribu kebaikan sekali pun.... satu kesalahan bisa meranapkan seluruh kebaikan itu...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...