Emas: “Backup” Bijak Bila Kawan Perlu Pinjam Duit

Emas Backup Bijak

Emas: Backup Bijak Bila Kawan Perlu Duit

Pernah tak kawan-kawan datang minta tolong pinjam duit? Saya pun selalu alami situasi ini. Bezanya, saya bukan jenis yang simpan banyak duit tunai. Sebaliknya, saya jadikan emas sebagai backup kecemasan.

Contohnya baru-baru ini, ada kawan perlukan RM2,000 pada 3 Julai 2025. Dia janji boleh bayar balik dalam masa setahun. Jadi saya cadangkan satu cara mudah – saya pajak emas di ArRahnu Tekun. Alhamdulillah, ArRahnu Tekun tak koyakkan emas Public Gold (PG) untuk uji. Saya pajak 6 gram emas (6 keping 1g PG) dan dapat RM2,170. Saya pinjamkan RM2,000 pada kawan, baki RM170 saya simpan.

Hasilnya, pada 1 Ogos, 31 Ogos, dan 24 September, kawan saya bayar balik RM210 setiap kali. Jumlah terkumpul dalam tabung saya jadi RM800 (RM630 + RM170).

Menariknya, pada 24 September saya ke ArRahnu dan tanya jika nak keluarkan 2 gram emas, saya hanya perlu bayar RM660. Selepas proses, baki pinjaman tinggal RM1,580 dan bayaran bulanan untuk 9 bulan berikutnya cuma RM195.

Nampak tak? Dengan emas, saya boleh bantu kawan, ada lebihan simpanan, dan dalam masa sama simpanan emas saya tetap kekal.


Nak mula simpan emas macam saya?

Sertai saya di Public Gold dan jadikan emas sebagai backup kewangan anda. Klik link di bawah untuk mula menyimpan emas hari ini:

👉 Klik Sini & Sertai Simpan Emas

Iskandar Syahril IS | Priority Dealer Public Gold | PG00112287

0 komen