
Siapa yang pernah ikut perjalanan blog atau socmed is150, akan selisih cerita pembangunan salasilah ini. Kenapa? Kita tidak hidup keseoranganan, ada sahaja majlis, perayaan, kematian dan lain-lain. Bila berjumpa sesama kita, kita tahu kita bersaudara, macamana rantaiannya? Kalau dah jauh atau bau-bau bacang tu... kita pun tak tahu. Yang passti aku dan kau bersaudara... hehehe... Jujurnya, Kita mulakan dengan diri sendiri sahaja dahulu. Kemudian sedikit demi sedikit kita tambah.
Macamana minat nak bina salasilah ni boleh datang? Jawapan jujur, mungkin dibesarkan macam tu. Mak dan Abah datang dari 2 kampung yang berbeza dan jauh. Mak dari Singapura dan Abah dari Perak. Abah pula kerja sebagai Pegawai Tentera Laut. Jadi kami kerap berpindah dari kem ke kem. Antara kem yang besar waktu saya kecil dulu ialah kem Woodland dan Lumut. Lagi satu ini mungkin salah satu faktor yang saya nak kongsi akan datang, kenapa saya takde rasa beza antara keluarga Abah dan keluarga Mak... semuanya kami rapat. Itu kita pin dulu.
Salasilah ini saya mula dengan diri saya, mak dan abah. Kemudian kita masukkan semua tarikh lahir. Selepas itu baru tambah adik-beradik dan birthday dorang. Siap dapat 2 generasi gambaran keluarga. Kemudian kita tambah nama pasangan masing-masing, nama anak-anak dan tempat tinggal.
Selesai keluarga yang terdekat, saya mulakan dengan Atok dan Opah lak, ini keluarga sebelah Abah. Tambah satu demi satu. Adik beradik abah, anak-anak mereka dan semua yang berkait. Lama kelamaan, dari nama kami 4 beradik sehinggalah dapat sambung 600 individu. Ini pun ramai lagi yang ada dalam kepala tapi tak tau nak letak mana dan sambung kat mana.
Jangan risau, kita kumpul dulu, moga-moga satu hari nanti, maklumat ini semua boleh jadi panduan untuk anak cucu. Percaya atau tidak, saya dapat sambungkan salasilah saya sehingga terus ke Raja Fisabilillah. Tapi bukan pertalian darahlah... Tapi rantaian keluarga melalui perkahwinan dan keterunan yang sangat menarik.
Saya masih buka usaha ini. Kalau ada yang ingin membantu mari wasap atau komen dalam post ini. Usaha ini bukan saya seorang, kita sama-sama... InShaAllah
Ulasan