Pasangan

Pagi tadi balik dari masjid, buka TV… sambil main phone buka TV1, ada rancangan bicara agama ada 2 panel ustaz dan ustazah. Kemudian buka TV3 rancangan tanyalah ustaz. TV di biar terpasang sambil mata tengok phone.

Apa yang tertarik di benak ini bilamana ada salah seorang ustaz memberi tahu. Manusia ini memang Allah jadikan berpasang-pasangan. Nabi Adam yang duduk di syurga pun sedih bila tiada pasangan. Maka Allah swt menciptakan Hawa buat Adam. Memang sudah ada dalam diri.

Memang apa yang berlaku sepanjang ujian ini amat perit. Hendak-hendak status masih belum selesai. Bersama atau berpisah buat selamanya. Keadaan ini menjadikan hidup aku tidak keruan. Hanya iman dan keluarga yang memimpin fikiran untuk terus waras.

Namun, acap kali fikiran ini melayang untuk lari dari ujian ini. Malah bila terpesong, sudah beberapa kali aku cuba untuk meragut nyawa sendiri. Yang paling terkesan, aku cuba menelan pil yang banyak. Dengan harapan, aku akan overdose dan terus meninggalkan alam nyata. Namun, Allah masih sayang. Berpantang maut sebelum ajal. Aku sekadar terbaring 30 jam tanpa mampu berbuat apa. Seluruh badan terasa kaku dan kebas. Hanya otak sahaja yang berfungsi dan berfikir. 

Setelah habis kesan ubat, baru aku mampu bangun. Namun 48 jam berikutnya badan aku cuba melawan dan membuang segala racun di dalam badan. Aku hanya berbaring di bilik air dan muntah. Rasanya hari ke3 baru aku menjamah air bagi meneruskan hidup.

Itu bukan berlaku satu episod. Malah sudah beberapa kali aku cuba membunuh diri. Namun setiap cubaan gagal atau pun aku yang takut. Jika Allah dan para malaikat menjaga. Setiap kali percubaan juga berjaya di gagalkan. 

Ya Allah… ampunkan lah aku

Ulasan