Esok, 19 Ogos 2026, Intan genap 48 tahun.
Saya fikir agak lama apa yang saya mahu tulis untuk birthday dia kali ini.
Nak tulis Happy Birthday Ayang, semoga panjang umur, murah rezeki - itu semua memang saya doakan. Tapi rasanya ada lebih banyak yang saya mahu simpan di sini.
Sebab kalau difikirkan balik, perjalanan kami agak pelik.Semuanya aturan dariNya.
Kami sebenarnya pernah berada di tempat yang sama, tetapi tidak pernah mengenali satu sama lain.
Kami Sama-Sama Budak Terendak
Intan juga bekas pelajar MRSM Terendak.
Dia SPM 1995.
Saya SPM 1997.
Beza dua tahun sahaja.
Kami pernah berjalan di koridor yang sama, makan di dewan makan (Teres Teratai) yang sama, dan pernah berada di dewan yang sama.
Tapi tak pernah kenal.
Bertahun-tahun kemudian kami bertemu semula ketika wujudnya forum exTDK.net , program Jubli Perak MRSM Terendak. Itupun sekadar kenal.
Tak ada bunga-bunga.
Tak ada pandang-pandang kemudian terus rasa, “Inilah orangnya.” .... T.A.K A.D.A.
😂
Selepas program itu, kehidupan masing-masing terus berjalan seperti biasa.
Dan kehidupan membawa kami melalui jalan yang sangat berbeza.
Kemudian Hidup Berubah
Intan telah kehilangan suaminya akibat kanser. Ketika saya mengenalinya dengan lebih dekat, sudah hampir 10 tahun dia melalui kehidupan itu.
Dia membesarkan dua orang anak di Dubai.
SENDIRI.
Iron Woman.
Dia sudah lama belajar bagaimana hendak survive.
Saya pula melalui perjalanan saya sendiri.
Pada tahun 2022, perkahwinan pertama saya berakhir selepas bekas isteri meminta untuk berpisah.
Saya mula hidup sendiri.
Masa itu, kalau ada orang beritahu bahawa tak lama lagi saya akan berkahwin semula dan akhirnya berpindah ke Dubai, mungkin saya sendiri pun tak percaya.
Tetapi begitulah kehidupan.
Kadang-kadang benda besar bermula daripada perkara yang langsung tak nampak besar.
Dalam kes kami...
Saya Contact Intan Sebab Nak Cari Kerja
Saya tahu Intan sudah lama tinggal di Dubai.
Jadi saya contact dia.
Bukan nak mengorat.
Bukan nak mencari pasangan.
Saya nak tanya pasal kerja.
😂
Daripada sembang tentang Dubai, kerja dan kehidupan di sana, kami mula semakin banyak bercakap.
Kemudian semakin kerap.
Dan entah bagaimana, daripada perbualan biasa itu terbentuklah satu hubungan jarak jauh.
Malaysia - Dubai.
Tak ada skrip.
Tak ada perancangan lima tahun.
Kita tengok sahaja ke mana ia membawa kami.
Dan rupanya agak jauh juga.
Kami Tak Bermula Dengan Kertas Kosong
Bila berkahwin pada usia begini, kita tidak datang dengan sebuah buku yang masih kosong.
Masing-masing sudah ada cerita.
Ada pengalaman.
Ada tanggungjawab.
Ada anak-anak.
Ada cara hidup sendiri.
Dan tentunya ada luka yang kita bawa daripada perjalanan sebelum itu.
Jadi membina kehidupan bersama bukan sekadar pindah rumah dan letakkan barang dalam almari yang sama.
Kita kena belajar menerima bahawa orang yang berada di sebelah kita mempunyai sejarah yang kita sendiri tidak berada di sana ketika ia berlaku.
Begitu juga dengan anak-anak.
Antara cabaran kami sekarang ialah bagaimana hendak membantu anak yang sudah masuk usia 20-an benar-benar berdikari.
Habiskan belajar.
Cari kerja.
Belajar urus kehidupan sendiri.
Sebagai ibu bapa, kadang-kadang kita tahu apa yang kita mahu mereka jadi.
Yang susahnya ialah bagaimana hendak membawa mereka ke situ.
Dalam masa yang sama, kami juga ada cabaran sendiri.
Termasuk kewangan.
Ada waktunya masing-masing tahu keadaan tak begitu mudah. Tapi mungkin kerana masing-masing tak mahu menambah beban seorang lagi, ada benda yang masing-masing simpan.
Kadang-kadang dua-dua diam pun kita tahu.
Yang penting, setakat ini kami masih percaya satu perkara:
Insya-Allah, kita boleh tempuh tahun-tahun mendatang.
Tapi Iron Woman Ini Ada Satu Lagi Superpower
Dia tahu apa yang viral di media sosial.
😂
Kadang-kadang saya rasa saya tak perlu sangat tengok apa yang tengah trending.
Tunggu sahaja.
Nanti Intan cerita.
Bila dia dah excited dengan satu cerita, habislah daripada A sampai Z dia cerita.
Kadang-kadang saya tahu.
Kadang-kadang saya tak tahu.
Kadang-kadang saya pura-pura macam saya tak tahu.
Bagi dia habiskan cerita.
😂
Benda-benda kecil macam inilah sebenarnya yang menjadikan seseorang itu sebahagian daripada kehidupan kita.
Travel Dengan Intan Pun Senang
Ini satu perkara yang saya suka.
Kami boleh travel berdua tanpa perlu seorang memaksa seorang lagi mengikut semuanya.
Nak jalan, jalan.
Nak duduk, duduk.
Nak tengok sesuatu, pergi tengok.
Kalau seorang tak berminat sangat, tak perlu buat muka masam satu hari. MATANG
Mungkin semakin berusia, kita semakin faham bahawa hidup bersama tidak bermaksud kita mesti melakukan semua benda bersama.
Kita masih dua individu.
Ada benda saya suka.
Ada benda dia suka.
Yang penting kita masih menuju ke arah yang sama.
tanpa perlu sentiasa berjalan dengan langkah yang serupa.
Tapi Kalau Cerita Mekah...
Haa.
Yang ini lain.
Kalau Intan mula bercerita tentang Mekah, Umrah atau Haji, semangat dia memang lain macam.
Ada sahaja cerita.
Ada sahaja rancangan.
Ada sahaja benda yang dia teringat.
Mungkin sebab Tanah Suci bukan sekadar sebuah destinasi untuk dia.
Ada tempat yang kita pergi untuk bercuti.
Ada tempat yang kita pergi dan kemudian kita mahu kembali lagi dan lagi.
Saya berharap Allah terus membuka pintu untuk kami kembali ke Tanah Suci.
Bukan sekali.
Mudah-mudahan berkali-kali lagi.
Dengan kesihatan yang baik, rezeki yang cukup dan hati yang lebih tenang.
Kadang-Kadang Saya Terfikir...
Kalau Iskandar umur 20-an dapat melihat kehidupan saya hari ini, mungkin dia akan tanya:
Kenapa tak kenal Intan masa di MRSM?
Kenapa perlu tunggu berpuluh tahun?
Tapi semakin saya fikir, semakin saya rasa mungkin soalan itu tak perlu dijawab.
Kalau kami bertemu ketika umur 17 atau 18 tahun, kami bukan orang yang sama seperti hari ini.
Dan kalau perjalanan hidup kami berubah, terlalu banyak perkara lain juga akan berubah.
Anak-anak kami.
Pengalaman kami.
Orang-orang yang pernah hadir dalam kehidupan kami.
Malah mungkin diri kami sendiri.
Jadi mungkin kami memang tidak ditakdirkan untuk bermula bersama.
Sebaliknya, kami diberi peluang untuk meneruskan perjalanan bersama.
Dan bagi saya, itu sudah cukup.
Lihat Apa Yang Ada Sekarang
Kami tidak datang kepada perkahwinan ini dengan kertas kosong.
Kami datang dengan keluarga masing-masing.
Kemudian perlahan-lahan cuba membina sebuah keluarga bersama.
Tak sempurna.
Masih belajar.
Masih ada perkara yang perlu diperbaiki.
Masih ada hari yang penat.
Tapi apabila melihat gambar seperti ini, kadang-kadang saya sendiri kena ingatkan diri:
Ada sebuah keluarga.
Ada rumah untuk pulang.
Ada orang untuk diajak berbincang.
Ada orang untuk bergaduh kecil.
Ada orang yang boleh cerita apa yang tengah viral.
Dan ada seseorang yang kita boleh tanya,
“Bila kita nak pergi mana-mana lagi?”
Untuk Umur 48 Ini...
Apa yang saya mahu untuk Intan sebenarnya simple.
Saya mahu dia dapat berehat dan enjoy hidup.
Kurangkan perkara yang perlu dirisaukan.
Lebihkan travel.
Lebihkan masa dengan keluarga.
Lebihkan masa untuk diri sendiri.
Dan, sudah tentu, lebih banyak peluang untuk kembali ke Mekah.
Cuma ada satu masalah kecil.
Untuk mencapai rancangan kehidupan santai yang kami bayangkan itu, saya rasa kami perlukan lebih kurang...
Jadi nampaknya buat masa ini belum boleh pencen lagi.
Kita kerja dulu.
Kita simpan mana yang boleh.
Kita travel bila ada peluang.
Kita cuba macam-macam.
Dan kita terus cari AED2 juta itu.
Mana tahu.
Rezeki Allah kita tak tahu.Doakan 2 dapat 7... Alhamdulillah
Kalau Bukan Kerana Intan...
Semasa saya merancang tulisan ini, saya cuba lengkapkan satu ayat:
“Kalau bukan kerana Intan, mungkin saya...”
Jawapan pertama yang terlintas sebenarnya agak berat.
Ada sebahagian daripada perjalanan hidup saya yang saya tak perlu ceritakan semuanya di sini.
Cukuplah saya tahu bahawa ada satu ketika dahulu saya berada pada fasa kehidupan yang sangat berbeza daripada hari ini.
Saya tak tahu apa yang akan berlaku kalau saya tidak menghubungi Intan untuk bertanya tentang kerja di Dubai.
Dan mungkin saya tak perlu tahu.
Kerana hari ini saya masih di sini.
Masih bekerja.
Masih merancang.
Masih menulis blog.
Masih mahu travel.
Masih fikir tentang anak-anak.
Masih berangan hendak ada AED2 juta.
😂
Dan yang paling penting...
Intan masih ada di sebelah saya.
Selamat Hari Lahir, Sayang
Selamat Hari Lahir ke-48.
Saya tak tahu apa yang menunggu kita untuk 10, 20 atau 30 tahun akan datang.
Tapi saya berdoa supaya separuh kedua kehidupan kita lebih ringan daripada separuh pertama.
Semoga Allah beri Intan kesihatan.
Ketenangan.
Rezeki.
Masa untuk berehat.
Lebih banyak perjalanan.
Lebih banyak Mekah.
Dan lebih banyak masa untuk kita menikmati kehidupan yang kita sedang bina ini.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada kehidupan saya.
Ulasan