2 Jun 2026.
Selepas sekian lama tidak menjalani rutin kerja pejabat biasa, hari itu saya kembali duduk di sebuah workstation.
Ada rasa excited. Lama juga saya tak menjalani kehidupan pergi pejabat, duduk di workstation dan mempunyai rutin kerja yang jelas. Bila buat kerja sendiri dari rumah, disiplin itu lain cabarannya. TV ada. YouTube ada. Internet memang sentiasa ada. Kadang-kadang baru nak mula satu kerja, benda lain pula menarik perhatian.
Jadi kembali ke pejabat sebenarnya terasa menyegarkan.
Tetapi ada satu masalah.
Kerja baru saya memerlukan saya bercakap dengan orang melalui telefon. Banyak.
Dan telefon sebenarnya antara benda yang saya paling kurang gemar.
Kalau diberi pilihan, saya lebih rela berjalan pergi berjumpa seseorang dan bercakap face-to-face daripada mengangkat telefon dan memulakan perbualan dengan orang yang saya tak kenal.
Sekarang saya perlu melakukannya berulang kali.
Targetnya pula boleh mencecah 200 unique calls sehari.
Bila “Hello” Pun Kena Belajar Semula
Pada awalnya memang gementar.
Berjumpa orang secara bersemuka memberikan kita banyak petunjuk. Kita boleh tengok muka, bahasa badan dan reaksi mereka.
Telefon buang hampir semuanya.
Yang tinggal cuma suara.
Daripada beberapa saat pertama itulah kita kena agak sama ada orang di sebelah sana sedang sibuk, berminat, curiga, marah atau sebenarnya cuma nak cepat-cepat letak telefon.
Dan tentunya ada satu perkataan yang sangat biasa dalam sales:
Ada yang tak berminat. Ada yang terus tutup telefon. Ada yang dengar sekejap. Ada juga perbualan yang membawa ke tempat yang langsung tak dijangka.
Selepas beberapa ketika, saya mula faham bahawa “no” itu bukanlah sesuatu yang perlu dibawa sampai ke hati.
Selesai satu call, tekan nombor seterusnya.
FTD Pertama Saya Datang Waktu Nak Lunch
Salah satu call yang saya masih ingat sampai sekarang ialah pelanggan pertama yang akhirnya menjadi FTD (First Time Deposit) saya.
Waktu itu sebenarnya sudah hampir waktu makan tengah hari.
Pelanggan tersebut asalnya dikendalikan oleh colleague saya, Cik K. Dia sudah cuba menghubunginya sebelum itu dan menandakan lead tersebut sebagai kurang berpotensi. Apabila bercakap, lelaki itu kedengaran tercungap-cungap dan seperti mengalami kesukaran bernafas.
Cik K kemudian keluar lunch.
Apabila pelanggan tersebut kembali membuat pendaftaran, saya yang mengambil call itu.
Memang betul.
Bila dia bercakap, jelas kedengaran nafasnya tercungap-cungap.
Daripada terus bercakap tentang platform, saya tanya satu soalan yang lebih asas:
Jawapannya mengubah keseluruhan perbualan.
Dia memberitahu bahawa dia sakit dan banyak menghabiskan masa di hospital. Hal kewangannya banyak dikawal oleh adik-beradiknya.
Apa yang dia mahukan sebenarnya ialah sedikit freedom — mempunyai sesuatu yang dia sendiri boleh kawal.
Dia melihat platform yang saya terangkan sebagai salah satu caranya.
Saya pandu dia melalui proses tersebut dan tidak lama kemudian dia membuat pembayaran menggunakan aplikasi TNG.
Selesai.
FTD pertama saya.
Saya sepatutnya gembira kerana akhirnya berjaya mendapatkan conversion.
Dan memang saya gembira.
Tetapi pengalaman itu juga menjadi antara perkara yang membuatkan saya mula berfikir lebih jauh tentang siapa yang saya telefon, apa yang saya jual dan sejauh mana tanggungjawab seorang salesperson.
Bila Sales Bertembung Dengan Prinsip Sendiri
Selepas dua bulan, saya sedar saya sebenarnya boleh melakukan kerja sales melalui telefon — sesuatu yang sebelum ini saya sendiri kurang gemar.
Tetapi saya juga mula membentuk sempadan sendiri.
Saya lebih berhati-hati apabila bercakap dengan warga emas, orang yang tidak begitu celik teknologi atau sesiapa yang saya rasa tidak benar-benar memahami apa yang sedang mereka lakukan.
Bagi saya, pelanggan sepatutnya memahami apa yang ditawarkan dan membuat keputusan sendiri dengan sedar.
Mungkin itu bukan pendekatan salesperson paling agresif.
Tapi itu cara yang membolehkan saya tidur malam dengan lebih tenang.
“Saya Nak Judi, Tak Nak Buat Kerja!”
Sepanjang membuat begitu banyak panggilan, memang ada juga manusia yang mencuit hati.
Saya pernah bercakap dengan seorang uncle Cina.
Saya terangkan bagaimana platform tersebut berfungsi dan bahawa dia sendiri perlu membuka trade dan membuat keputusan.
Dia terus tak berminat.
Rupa-rupanya dia ingat kami menawarkan sesuatu seperti laman perjudian.
Lebih kurang maksud jawapannya:
Daripada ratusan call yang kita buat, sesekali memang akan dapat satu perbualan yang membuatkan kita tergelak selepas letak telefon.
Esok sambung lagi.
Benda Kecil Yang Membantu Rutin Kerja Saya
Bila kembali bekerja di pejabat, saya juga mula menghargai beberapa benda kecil yang menjadikan hari panjang sedikit lebih mudah.
🥤 Botol air untuk hari yang banyak bercakap
Banyak bercakap tentunya membuatkan air sentiasa penting. Kalau anda jenis yang selalu lupa minum, ini antara botol air trendy yang menarik perhatian saya.
⌚ Fitness tracker untuk ingatkan diri supaya bergerak
Duduk lama membuatkan saya semakin sedar pentingnya bergerak. Fitness tracker sekurang-kurangnya memberi satu lagi peringatan bahawa badan kita bukan direka untuk duduk menghadap workstation sepanjang hari.
🍱 Bekas makanan untuk rutin kerja yang lebih teratur
Kalau nak lebih teratur membawa makanan sendiri ke tempat kerja, ini antara bekas makanan yang boleh dipertimbangkan.
Nota: Pautan Shopee di atas merupakan pautan affiliate. Saya mungkin menerima komisen kecil daripada pembelian yang layak, tanpa kos tambahan kepada pembeli.
Rupanya Saya Masih Boleh Jadi Beginner
Mungkin inilah perkara paling menarik yang saya belajar daripada dua bulan pertama.
Pada usia 46 tahun, selepas pernah melalui pelbagai jawatan, mengurus orang dan membuat keputusan organisasi, rupanya saya masih boleh duduk di workstation dan menjadi orang baru semula.
Belajar skrip.
Belajar bercakap di telefon.
Belajar menerima rejection.
Belajar membaca manusia hanya melalui suara.
Dan mungkin yang lebih penting, belajar di mana saya mahu meletakkan sempadan antara membuat sales dengan melakukan sesuatu yang saya sendiri boleh terima.
Saya belum tahu berapa lama bab kehidupan ini akan berlangsung.
Tetapi setiap “no”, setiap telefon yang tidak berjawab, setiap perbualan pelik, FTD pertama, gaji pertama dan OT yang saya rekodkan sedang menjadi sebahagian daripada cerita kehidupan saya di Dubai.
Mungkin beberapa tahun lagi saya akan kembali membaca tulisan ini dan tersenyum.
Atau mungkin semua catatan ini akhirnya menjadi bahan untuk sebuah buku.
Esok masuk kerja. Pakai headset. Dan call nombor seterusnya.
Ulasan