Project 99 Captain's Log #002: Minggu Pertama, Belajar Membaca Data Bukan Penimbang

Project 99 Captain's Log 002 minggu pertama lengkap dengan gambar hiking malam di Wadi Al Qor dan ringkasan kemajuan kesihatan

Captain's Log #002 • Project 99 • Week 01 Review

Seminggu lalu saya menekan butang publish dan secara terbuka mengisytiharkan bermulanya Project 99.

Sasarannya jelas, daripada sekitar 120 kg menuju ke 99 kg.

Sekarang tujuh hari pertama sudah selesai.

Dan perkara pertama yang saya belajar ialah:

Perjalanan ini tidak bergerak dalam satu garis lurus.

MISSION BRIEF — WEEK 01

Mission Period 1–7 August 2026
Starting Weight 118.8 kg
Ending Weight 119.4 kg
Average Weight ±119.2 kg
Weight Range 118.5–120.3 kg
Treadmill 3 Sessions
Average IF ±14.5 Hours
Average Sleep ±4.8 Hours
Average Water ±2.6 L / Day
Average BP* ±120/71 mmHg

*Based on days with recorded blood-pressure readings.

Mission Progress

Project 99 mempunyai sasaran akhir 99 kg. Minggu pertama ini bukan tentang mengejar nombor itu secepat mungkin. Ia tentang mendapatkan satu perkara yang lebih penting: baseline sebenar.

WEEK 01

Mission Day 7 / 90


The Scale Is Not The Mission

Graf trend berat Project 99 minggu pertama dari 1 hingga 7 Ogos 2026 dengan turun naik berat antara 118.5 kg dan 120.3 kg

Kalau saya hanya melihat dua nombor, minggu pertama mungkin kelihatan seperti satu kegagalan.

Hari pertama: 118.8 kg.

Hari ketujuh: 119.4 kg.

Jadi selepas tujuh hari saya sebenarnya naik 600 gram?

Tetapi apabila saya melihat keseluruhan data, ceritanya berubah.

WEEK 01 — DAILY WEIGHT

118.8 → 118.5 → 119.1 → 119.0 → 119.4 → 120.3 → 119.4 kg

Dalam tempoh hanya 24 jam, berat saya pernah berubah daripada 120.3 kg kepada 119.4 kg.

Hampir satu kilogram.

Sudah tentu perubahan sebegitu dalam satu hari bukan semata-mata perubahan lemak badan.

Air dalam badan, makanan, garam, karbohidrat, waktu menimbang, aktiviti fizikal dan banyak faktor lain boleh mempengaruhi nombor pada penimbang.

Di sinilah saya mula memahami bahawa Project 99 tidak boleh dinilai berdasarkan sama ada nombor pada penimbang turun setiap pagi.

Saya tidak perlu "menang" setiap pagi.
Saya perlukan trend 90 hari bergerak ke arah yang betul.

Apa Yang Berjalan Baik?

Walaupun penimbang belum memberikan kemenangan besar, ada beberapa perkara yang saya anggap sebagai kemenangan untuk minggu pertama.

1. Tekanan Darah

Bacaan tekanan darah yang direkodkan sepanjang minggu berada sekitar 108–134 mmHg systolic dan 68–75 mmHg diastolic.

Purata daripada bacaan yang direkodkan adalah sekitar 120/71 mmHg.

Ini adalah salah satu nombor yang saya mahu terus pantau sepanjang Project 99, bukan berat badan semata-mata.

2. Tiga Sesi Treadmill

Saya berjaya melakukan tiga sesi treadmill dalam minggu pertama.

Ia mungkin kedengaran tidak banyak. Tetapi dengan rutin kerja harian, cabaran sebenarnya bukan melakukan satu sesi senaman yang hebat.

Cabaran sebenar ialah kembali melakukannya lagi pada hari berikutnya.

3. Hidrasi Semakin Baik

Pada hari pertama, rekod air saya hanya sekitar 1 liter.

Menjelang pertengahan minggu, saya sudah berada sekitar 3 liter sehari.

Daripada semua perubahan minggu pertama, ini mungkin salah satu tabiat paling mudah tetapi paling penting yang mula terbentuk.


Bahagian Yang Masih Belum Menjadi

Project 99 bukan tempat untuk saya hanya merekodkan perkara yang cantik. Kalau saya mahu memahami kesihatan sendiri, saya juga perlu melihat bahagian yang masih lemah.

Sleep, Ini Masalah Sebenar

Purata tidur minggu pertama hanya sekitar 4.8 jam setiap malam.

Bacaan harian saya:

5.0 • 3.5 • 3.8 • 5.0 • 5.2 • 6.0 • 5.0 jam

Apabila melihat nombor ini secara keseluruhan, saya sedar bahawa mungkin perkara yang perlu diperbaiki terlebih dahulu bukan menambah satu lagi sesi treadmill atau berpuasa lebih lama.

Saya perlu tidur lebih baik.

Intermittent Fasting : Belum Konsisten

Sasaran asal saya ialah IF sekitar 18 jam, daripada 8 malam hingga 2 petang.

Purata minggu pertama hanya sekitar 14.5 jam.

Tetapi ada beberapa hari saya berjaya mencapai 18 jam, 18.5 jam malah 21 jam.

Jadi masalahnya bukan sama ada saya mampu melakukannya.

Masalahnya ialah konsistensi.

Dan saya tidak mahu menjadikan hari yang kurang daripada 18 jam sebagai satu kegagalan.

Buat masa ini, membina rutin yang boleh bertahan selama berbulan-bulan lebih penting daripada mengejar rekod puasa paling panjang.


Project 99 Berlaku Dalam Kehidupan Sebenar

Ada satu perkara yang saya mahu kekalkan dalam jurnal ini: kejujuran.

Project 99 bukan eksperimen yang berlaku di dalam makmal.

Dalam tujuh hari pertama sahaja sudah ada:

  • Nasi minyak mamak
  • Bubur nasi
  • Nasi untuk lunch
  • Dan ya... Durian Musang King

Saya tidak bercadang menjadikan Project 99 sebagai satu diet hukuman di mana semua makanan yang saya suka tiba-tiba menjadi musuh.

Apa yang saya mahu pelajari ialah bagaimana untuk menjalani kehidupan normal sambil membuat keputusan yang semakin baik dari minggu ke minggu.

Kalau sistem ini hanya berfungsi apabila hidup saya sempurna, sistem itu tidak akan bertahan lama.


MISSION LESSONS — WEEK 01

LESSON 01
Jangan menghukum diri berdasarkan satu bacaan berat.

LESSON 02
Tidur mungkin sama penting dengan treadmill.

LESSON 03
Sistem yang boleh dikekalkan lebih penting daripada satu minggu yang sempurna.

Mission Orders — Week 02

Untuk minggu kedua saya tidak mahu menambah sepuluh sasaran baharu.

Saya hanya mahu memperbaiki tiga perkara.

PRIORITY ALPHA : SLEEP

Naikkan purata tidur daripada sekitar 4.8 jam kepada sekurang-kurangnya 5.5–6 jam dahulu.

PRIORITY BETA : HYDRATION

Kekalkan sekitar 3 liter air sehari, dan lebih pada hari aktiviti fizikal yang berat.

PRIORITY GAMMA : IF CONSISTENCY

Cuba berada dalam lingkungan 16–18 jam dengan lebih konsisten tanpa mengejar puasa terlalu panjang semata-mata untuk mendapatkan nombor yang cantik.

Treadmill dan Dragon Boat akan diteruskan mengikut jadual.

Tetapi saya juga mahu belajar bahawa rest day adalah sebahagian daripada training plan, bukan tanda bahawa saya malas.


Next Mission...

7 Ogos saya memilih untuk berehat.

Ada sebabnya.

Minggu kedua Project 99 tidak akan bermula di atas treadmill.

Jam 3 pagi, 8 Ogos, saya akan menuju ke Wadi Al Qor, Ras Al Khaimah.

Kasut hiking sudah menunggu.

NEXT MISSION

WADI AL QOR

Ras Al Khaimah

Mission Day 08

Minggu pertama tidak menghasilkan transformasi dramatik.

Tetapi sekarang saya mempunyai sesuatu yang jauh lebih berguna daripada sekadar azam.

Saya mempunyai data.

Dan minggu depan saya akan mempunyai lebih banyak data untuk dibandingkan.

The mission continues.
CAPTAIN'S LOG #002
PROJECT 99
WEEK 01 • DAY 7 / 90

Current Weight: 119.4 kg
Mission Target: 99 kg

Status: MISSION CONTINUES...

🖖

Live Long and Prosper.

Ulasan