Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad

Assalamualaikum.

Hari Khamis, hari saya bawa kerja keluar rumah. Hampir setiap minggu macam nilah rutinnya. Bila maid datang mengemas, saya pula keluar dan jadikan Dubai Hills Mall tempat duduk sambil siapkan kerja-kerja.

Hari ini ada sedikit tambahan dalam jadual. Sebelum tengah hari, saya singgah pejabat isteri, breakfast di kafe dan buat BCA di klinik. Sempat juga selitkan urusan untuk Project 99. Bab perjalanan yang itu kita sambung dalam catatan berasingan nanti.

Breakfast di kafe pejabat isteri

Di klinik ketika buat BCA

Kemudian saya kembali ke mall sementara menunggu azan Zuhur. Selepas itu singgah Géant beli barang-barang rumah dan makan tengah hari. Sekarang duduk di food court sambil sambung kerja. Bila ada kelapangan, sempatlah singgah baca blog kawan-kawan juga.

Sejak kebelakangan ini saya kembali seronok blogwalking. Baca cerita orang, tinggalkan komen dan kenal sedikit demi sedikit tuan punya blog. Ada yang berkongsi cerita keluarga, perjalanan, kerja dan perkara kecil dalam kehidupan harian. Kadang-kadang cerita yang nampak biasa itulah yang buat kita berhenti membaca dan teringat pengalaman sendiri.

Alhamdulillah, sudah ada juga yang membalas lawatan ke blog saya. Seronok rasa bila perkenalan bermula dengan satu komen, kemudian bersambung pula melalui cerita di blog masing-masing.

Masa singgah ke blog Puan Hazel, saya terjumpa segmen Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad. Tergerak hati nak join sekali. Dah kembali rajin berjalan-jalan dalam dunia blog ni, bolehlah tambah kenalan baharu.


Klik banner untuk maklumat dan syarat penyertaan di blog Shuhaida Saad.

Buat yang pertama kali singgah, salam kenal. Saya Iskandar Syahril, panggil saja is. Anak Malaysia yang kini menetap di Dubai, mencatat kehidupan di Blogger sejak 2004.

Personal Log is150 ini tempat saya menyimpan cerita keluarga, perantauan, kerjaya, bisnes dan pengalaman belajar bermula semula. Sesekali ada cerita emas dan teknologi. Minat pula macam-macam : Star Trek, Batman, LEGO dan dragon boat pun ada tempatnya di sini.

Harapnya melalui segmen ini dapatlah berkenalan dengan lebih ramai blogger dan jumpa bacaan yang boleh saya singgah lagi. Kalau terpilih masuk bloglist, alhamdulillah. Terima kasih kepada Shuhaida Saad kerana menganjurkan segmen ini, dan kepada Puan Hazel yang berkongsi.

Kalau datang melalui segmen, tinggalkanlah jejak. Bolehlah saya singgah ke blog kalian pula. Mana tahu, ada cerita kita yang serupa.

P.S. Dalam sibuk buat kerja dan blogwalking, sempat juga beli Blokees Transformers di Shopee 😄 Dua pilihan kali ini ialah Blokees Transformers SV02 Shinning Version dan Blokees Transformers Galaxy Defender Version GDV 06.

Bab hobi ni tetap ada ruang juga. Nanti bila ada kesempatan, bolehlah cerita pasal dua pembelian ini pula.

Ulasan

Etuza berkata…
Asalamualaikum tuan, saya follow ye..
is150 berkata…
Waalaikumusalam... Silakan.... Terima kasih
Aynora berkata…
Assalam, selamat bersegmen