- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Featured Post
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Pagi Khamis, 26 November 2026, saya keluar rumah nak hantar Intan pergi kursus di Al Safa Art & Design Library. Rancangannya mudah. Turunkan Intan, lepas tu balik. Sebab tu laptop pun saya tinggal di rumah.
Sekali nampak ada parking percuma di belakang library. Di Dubai ni, kalau dah jumpa petak kosong dan parking pula free, sayang nak jalan terus. Saya pun park kereta dan turun. Alang-alang dah sampai, jom tengok apa yang ada di dalam. 😄
Kalau bawa laptop tadi…
Library di Al Wasl Road, Jumeirah ni sebahagian daripada rangkaian Dubai Public Library. Masuk percuma. Dari celah rak buku, saya nampak satu sudut dekat tingkap besar. Ada tempat duduk rendah warna kelabu dan krim, meja bulat kecil dan beberapa buah buku yang dah tersedia untuk dibelek. Cahaya pagi masuk dari tepi. Kalau nak pilih satu tempat untuk tunggu Intan, saya pilih yang ni.
Selain ruang santai, ada juga study room berdinding kaca dengan meja bulat dan beberapa kerusi. Biasanya kalau nak buat kerja di luar rumah hari Khamis, saya ke Dubai Hills Mall. Pagi ni dah jumpa port lain. Boleh juga tukar angin, buka laptop dan siapkan satu entri blog sementara Intan berkursus. Cuma laptop tu masih elok di rumah…
Cuba tengok rak bawah tu
Kalau datang dengan anak-anak, cuba singgah dekat meja buku bergambar. Kulit bukunya menghadap ke atas, jadi senang nak pilih ikut ilustrasi yang menarik mata. Ada buku abjad, nombor dan cerita bergambar dalam bahasa Arab. Cuba tengok rak bawah pula. Terselit deretan komik dan manga yang mungkin lebih menarik perhatian abang atau kakak yang ikut sekali.
Dekat tingkap ada satu lagi benda yang saya sempat snap. Beberapa tablet bersarung ungu tersusun pada sebuah kiosk. Pada skrinnya tertulis “Borrow tablet”. Yang bawa telefon saja pagi tu memang perasanlah benda macam ni. 😄
Berbaloi singgah kalau jalan-jalan di Jumeirah?
Bagi saya, berbaloi kalau korang suka buku, seni atau sekadar nak duduk membaca di celah itinerary Dubai yang padat. Masuk percuma, jadi singgah sekejap pun seronok. Kalau saya datang lagi seorang diri, saya dah tahu nak duduk di mana. Kalau bawa keluarga, saya ajak mereka tengok meja buku bergambar dulu.
Daripada semua gambar yang saya ambil pagi tu, yang paling kena dengan cerita saya ialah arca dekat tingkap ni. Sebelahnya ada arca burung logam, tapi mata saya terus pergi pada tangan besar yang tengah pegang pen hitam keemasan tu.
Lain kali kalau Intan ada kursus di sini lagi, malam sebelumnya saya masukkan laptop dalam beg. Bolehlah tulis entri seterusnya dari kerusi tepi tingkap tu.
Korang pernah jumpa perpustakaan masa travel yang buat korang rasa nak duduk lama sikit? Kongsilah nama perpustakaan dan bandarnya. Mana tahu satu hari nanti saya boleh singgah juga.
Gambar dalam entri ini dijana semula dengan bantuan AI berdasarkan foto yang saya ambil semasa lawatan.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan