BonusCoin Banner

Jumaat, Oktober 29, 2004

Barang Free

hmmmm .... berbaloi gak join Cosway nie... semalam aku dah berjaya redeem kupon lagi... :)

Empress 7-in-1 Grill Pan

7-in-1 Grill Pan

Electric, non-stick Grill Pan with six mini pans. Ideal to grill chicken, beef, corn, seafood or vegetables. Mini pans make perfect fried eggs, mini pita breads toasts or for heating up different kinds of sauces at the same time. Ideal for dinner gatherings or parties.

  • 850W
  • Non-stick, removable grill pans
  • On/off switch with pilot light

    sebuah periuk karan untuk wife di hari lebaran ini.... cheh... romantik tak aku???

    itulah... antara kelebihan Cosway yg aku dapat.... ini bukan first time redeem barang.... ini yg ketiga sejak aku join 7 bulan yang lalu... http://income2nd.cjb.net

    Khamis, Oktober 28, 2004

    hmm...

    hmm.. lapo nya... rasa boring pon ada... dah ler keja banyak... rasa macam nak gi tido jer...

    semalam merupakan hari yg paling penat sekali... tak pernah rasa kecewa begitu... ia membuatkan aku berfikir kembali apakah tujuan hidup ini... betul ke apa yg aku lakukan selama ini...

    next impian aku... nak beli Digicam.... nak tangkap gambar anak aku yg banyak perangai...

    apa aku mengarut nie...

    Selasa, Oktober 26, 2004

    2 lagu utk Abg Samy

    Hi Hi Bye Bye (lagu Izlyn)
    (Jawapan ku untuk semua-Samy Velly)

    Mula terasa resah bagai ada yang mendedah
    Mungkin ku lewa atau kroniku dah berpaling tadah
    Bila politik tak seperti dahulu kala
    Definisi gembira bermakna bila ku tiada
    Dulu senyum ku manis rambut palsu ku kau suka
    Kini semua pahit tak seperti era Mahathir
    Namun hakikatnya serik ku mendengar cemuhan
    Letih dan bosan asyik kena komplen pasal jalan

    ( korus )
    Kau mahu caraku, sempurna untukmu
    Bukankah aku ahli silap mata
    Kau berikan duit, kau berikan dusta
    Kini kau kata hi hi, nak ku katakan bye bye
    Biar ku berdikari cari taktik sendiri
    Jangan kau hampiri suruh ku berhenti

    ( verse 2 )
    Mula ku kau kenali, gunung sanggup kudaki
    Setelah duit kucuri, apa yang kau peduli?
    Ingatkah siapa membuat jalanraya satu Malaysia
    Benar kata Dr M, Melayu mudah lupa
    Berikan semula projek ketika bersamaku
    Pulangkan semua kontrak hadiah di hari jadimu
    Mungkin nanti kau tahu rasa sakitnya hati
    Bila duit dan rasuah bagai tak dihargai

    ( ulang korus )

    ( rap )
    Sesekali terlintas di fikiran
    Suruh kau terima saja keadaan
    Baik kau semua kecewa Biar aku habiskan Ringgit Malaysia
    Pasti egoku tak hairan
    Merasakan penangan
    Tak mungkin lain yang mengganti
    Ku petik jari ramai yang takuti
    Hi, Hi, Hi, Yai, Yai, Ho Ho Ho Ho Ho Ho
    Hi, Bi Bi

    ( ulang 2X )
    Kini kau kata, Hi, Hi
    Nak ku katakan, Bye, Bye

    ( ulang korus )
    Tak termakan rayu takkan ku menyesal
    Dengarkan kataku aku kan kekal



    issue : SAMY VELLU BUKAN ORANG BIASA
    Song issue : Sila nyanyik lagu di bawah ni seperti melodi BUKAN CINTA BIASA-siti nurhaliza.
    note : kalau tettau lagu siti, pi download kat jakionline.


    BUKAN ORANG BIASA

    Begitu banyak lebuhraya,
    Ada retak dan tak rata,
    Tapi menteri kerja raya,
    Bukan lah orang biasa...

    Projek2 yang berbeza,
    Beri kontraktor yang sama,
    Ku tak ingin rakyat tahu,
    Tetapi mereka sering bertanya..

    Diriku bukan orang biasa,
    Diriku menteri kerja raya,
    Tak perlu di paksa,
    Tak perlu di tanya,
    Kerna ku yakin tiada jawabnya.. oooo

    Walau ku bisa merubah semua,
    Hingga tiada orang cedera,
    Tapi biarlah terkorban nyawa,
    Akan ku salahkan takdirNYA...

    Diriku bukan insan biasa,
    Diriku menteri yang lama,
    Tak ingin berhenti,
    Tak ingin berganti,
    Peduli hapa orang nak kata..

    Andai ku mahu repair semua,
    Ku beri kontraktor yang sama,
    Highway kan runtuh telah ku duga,
    Jangan harap ku letak....
    jawatannnnn.....

    credit to : MJ
    objective : Just for fun @ Ingat2 lah KITA SEMUA ORANG BIASA JE WEHHH


    Jumaat, Oktober 15, 2004

    Selamat Berpuasa

    Hari ini 1 ramadhan..... Selamat Berpuasa...

    Banyak SMS yg diterima mengucapkan selamat
    1. Selamat Berpuasa & Semoga Segala Amalan kita diberkati. - from Saiful Anuar AmAssurance Bhd
    2. Happy Ramadhan, May ALLAH bless us with joy & Nur into our life & grant us total forgiveness insya-Allah! SELAMAT BERPUASA. - from Alfian
    3. Most beautiful word = ALLAH, Most beautiful song = AZAN, World's perfect encyclopedia = AL QURAN, Best exercise = SOLAT, Best Diet = FASTING. Selamat berpuasa - from D

    Terima kasih semua...

    SELAMAT BERPUASA, INSYA-ALLAH

    Rabu, Oktober 06, 2004

    Semangat Datang Balik

    hmmm...... dalam beberapa hari nie tetiba je semangat je nak buat bisness balik... banyak bisnes yg aku pikir nie...

    memula aku nak hidupkan balik MLM yg aku join....
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...