BonusCoin Banner

Khamis, Januari 27, 2005

PayToSurf

Satu konsep baru dalam arena internet hidup aku. Setakat ini dah banyak site Pay2Surf yang aku join... yang betul-betul invest baru 2 dan ada lagi 2 on the way. Insya-Allah dengan kefahaman yang aku ada nie boleh berjaya sedikit. Antara pay2surf yang aku join ialah
  1. Aussieearner : http://www.aussieearners.com/?ref=1426
  2. StudioTraffic : http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=13456
  3. 4daily : http://4daily.com/?ref=23198
  4. SurfWize : http://www.surfwize.com/?ref=2451

Konsep dia senang jer... mumula kita dapat pelaburan percuma dari US$ 4 - US$ 20. Kemudian jika kita surf setiap hari mengikut kuota yang diberi. Jika free member ada yang mencecah sehingga 125++ website dan ada yang cuma memerlukan 25 website jer... kemudian kita akan dapat peratus daripada pelabruan. Biasanya 1%. So, kalau kita labur US$ 20 dan kita surf yang sepatutnya, kita layak mendapat US$ 0.20. Begitulah keadaannya setiap hari.

Alhamdulillah, ada yang sudah memberi pulangan. Aussieearner dan StudioTraffic masing-masing dah invest sebanyak US$ 30. Dalam sebulan aku boleh surf dalam 20 hari. Insya-Allah dapatler US$ 12. Boleh ler invest lebih lagi... Bulan-bulan masuk dalam akaun e-Gold...

Semua program nie memerlukan masa aku sebanyak 30 minit ke sejam setiap hari...


Jumaat, Januari 21, 2005

Selamat Hari Raya AidilAdha

selamat hari raya.... yeaaa.... cuti.... esok pergi tolong korban, Insya-Allah....

tahun nie, raya hari jumaat... kebanyakkan tempat buat buat korban hari sabtu... tengahari nie insya-Allah pergi rumah office-mate wife kat dengkil... ada nasi minyak katanya... hmm alhamdulillah...

selamat hari raya aidiladha...

Rabu, Januari 19, 2005

10 virus menarik sepanjang tahun 2004

Firma perisian antivirus Panda Perisian mengkelaskan virus mengikut
10 kategori:
  1. Virus yang paling merosakkan: Sasser – kesannya kepada pengguna
    Internet amat nyata kerana ia mengganggu operasi komputer dan secara
    maya menyebabkan komputer gagal beroperasi secara normal.
    Bagaimanapun, berita baik yang diterima ialah pencipta virus
    berkenaan kini ditahan dalam penjara akibat perbuatan beliau.
  2. Virus yang paling sofistikated: Noomy.A – virus cecacing yang
    menjangkiti laman web dan seterusnya menghantar mesej menerusi
    saluran sembang dan berkeupayaan menyamar seperti mesej normal. Ia
    tidak memudaratkan komputer pengguna tetapi secara teknikalnya ia
    adalah virus yang amat kompleks.
  3. Virus yang paling banyak bercakap: Amus.A – virus yang dihasilkan di
    Turki dan menggunakan enjin percakapan di dalam sistem operasi Window
    XP. Amus.A akan mengumumkan kehadirannya sebaik saja memasuki
    komputer.
  4. Virus yang menghasilkan lagu: varian – cecacing Netsky yang mampu
    menghasilkan pelbagai melodi selama tiga jam sebaik saja menjangkiti
    komputer.
  5. Virus paling pemalu: cecacing varian Bagle – kerana ia memiliki
    kelebihan untuk melindungi dirinya daripada dikesan menggunakan fail
    ZIP kata laluan yang dilindungi untuk menghalang daripada aplikasi
    antivirus mengimbasnya sebaik saja memasuki komputer. Strategi ini
    banyak dilakukan kod virus tetapi Bagle dipilih kerana sebaran
    meluasnya tahun ini.
  6. Virus yang pandai mengambil kesempatan: Zafi.D – sering kali menyamar
    menggunakan mesej tahun baru untuk mengelirukan mangsanya serta
    memanfaatkan pelbagai bahasa untuk menyebarkan mesejnya.
  7. Virus yang menyebarkan gambar porno: Tasin.C – menyebarkan gambar
    selebriti Sepanyol yang terkenal sebaik saja ia dimuat turun.
  8. Virus paling banyak varian: Gaobot – kumpulan virus yang memiliki
    hampir 2,000 varian terbaru sepanjang tahun ini.
  9. Virus schizophrenik : Bereb.C – ia menggunakan 442 nama berbeza untuk
    menyebarkan aplikasi perkongsian fail P2P dan berkemungkinan
    penciptanya tidak dapat mengingati nama fail asalnya.
  10. Virus paling hormat: StartPage.AV, Harnig.B dan Multidropper.AM
    kerana ketiga-tiga virus ini akan memaklumkan kepada pengguna setiap
    kali ia berjaya menguasai komputer.

Diterima daripada email.

Selasa, Januari 18, 2005

Happy Birthday to me

happy birthday to me, happy birthday to me....

kepada yg wish tue, TQ bebanyak...

tahun nie orang rumah bagi Jam tangan.... hehehehe.... dah tiga tahun tak pakai jam... Terima kasih Fit, Nuqman n Iman...


Amacam??? cantik tak...

Khamis, Januari 13, 2005

Operation Nuqman

hmmm.. hari ini Nuqman kena operate bisul kat bontot.... sian dia... dah tiga malam tak boleh tidoq.... gerak sikit nangis...

hmmm... hari nie escape kelas Projct Management (KLIA Consult) satu hari... inilah antara pengorbanan bagi yang ada anak... sian budak tue... kekecik lagi dah masuk wad...

perg... ingat sikit... kena RM 1,600... terpaksa meminjam...

Sementara menunggu waktu bedah...


Sebelum masuk OT (bilik bedah)


Selepas bedah...

nie antara bad experience yang aku alami utk tahun 2005... dah ler Malaysia Blackout selama 2 jam, sepatutnya kami dah boleh balik jam 10 pagi tapi pengurusan KPMC yang lembam jam 5 petang baru buat bil. hmmm... nie mau sebulan terasa biol memikirkan bil nie...

lagi satu bad experience, pengurusan Takaful Nasional yang lembam gila babi... duit bulanan dah bayar lebih 7 bulan tapi polisi tak dapat lagi.... tak boleh kami nak claim... arghhhhh

Selasa, Januari 11, 2005

Redemtion Cosway

akhirnya guna gak barang yg aku redeem... dari 29 Oktober 2004 dulu. ini ler antara faedah yg dapat.. banyak lagi yg redeem, cuma ini yg terbesar.... tak yah beli kat kedai. Nie kalau beli kat kedai mau lebih seratus nie...


haaa.. terliur ler tue...

Ahad, Januari 09, 2005

Gambar Family

Inilah gambar family kami yang pertama...



Ismail tengah sakit tue... Iman Nafeesa baru berusia 42 hari (belum abis pantang). Lepas ni kami nak pergi studio amik gambar yang lawa... kalau guna camera hanpon memang kureng sket....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...