BonusCoin Banner

Rabu, Disember 21, 2005

ntah

tetiba jer terasa macam nak tulis sesuatu tetapi tak tau apa nak tulis... mungkin boring kot... walaupun dengan keadaan kerja yang menimbun dengan esok kena kelaur buat kajian kepuasan pelanggan. Mungkin sebab orang rumah aku outstation 4 hari (malam nie balik...) sekali... semalam dan hari nie aku buat design polisi kualiti opis yang baru... dah lama tak buat kerja-kerja design nie sampai lupa camana... Tengah hari tadi pergi Cosway dengan Shahir, ada member opis order barang lak... lama dah kami tak pergi cosway nie, sejak dah ok aku nye projek egold lagi ler malas nak sambung dengan cosway nie...

oklah.. nak balik dah...

Khamis, Disember 15, 2005

Lessons of Life

Dapat email daripada member TDK... memang kita tak dapat mengenali seseorang dengan berjumpa sekali-dua....

Lessons of Life

There was a man who had four sons. He wanted his sons to learn not to judge things too quickly. So he sent them each on a quest, in turn, to go and look at a pear tree that was a great distance away.

The first son went in the winter, the second in the spring, the third in summer, and the youngest son in the fall.

When they had all gone and come back, he called them together to describe what they had seen.

The first son said that the tree was ugly, bent, and twisted. The second son said no it was covered with green buds and full of promise.

The third son disagreed; he said it was laden with blossoms that smelled so sweet and looked so beautiful, it was the most graceful thing he had ever seen.

The last son disagreed with all of them; he said it was ripe and drooping with fruit, full of life and fulfillment.

The man then explained to his sons that they were all right, because they had each seen but only one season in the tree's life.

He told them that you cannot judge a tree, or a person, by only one season, and that the essence of who they are and the pleasure, joy, and love that come from that life
can only be measured at the end, when all the seasons are up.

If you give up when it's winter, you will miss the promise of your spring, the beauty of your summer, fulfillment of your fall.

Moral:

  • Don't let the pain of one season destroy the joy of all the rest.
  • Don't judge life by one difficult season.
  • Persevere through the difficult patches and better times are sure to come some time or later

Menarik....

Zainal Abidin - Kau Di Hati Ku

Ntah kenapa lagu Zainal Abidin - Kau Di Hati Ku (Tarzan zersi Malaysia) asyik terngiang-ngiyang di kepala aku... tapi memang evergreen pon lagu nie... memang menarik.. tgh cari mp3 dia... lirik dapat di laman web liriklagu.com

Zainal Abidin

Kau Di Hati Ku

Jangan menangis bertenanglah
Peganglah tanganku dan digenggam erat
Ku melindungi dari apa yang datang
Berhentilah menangis

Tubuhmu kecil bertenaga
Dalam dakapanku kau tenang dan lena
Pertalian kita takkan terputus
Berhentilah menangis

( korus )
Kau dihatiku
Kau dihatiku
Hari ini dan selamanya

2
Kau di hatiku
Walau apa katanya
Oh... kau di hatiku
Selamanya

Mengertilah apa yang kami rasa
Tak berkeyakinan apa yang dikatanya
Kami berbeza tapi di hati kami
Tiada apa yang berbeza

( ulang korus )

Jangan kau dengar mereka tak tahu
Saling memerlu dan membantu
Di suatu masa kutahu

Destinasi tiba kau harus tabah
Ku 'kan bersamamu bersabarlah
Di suatu masa kutahu
Buktikan bersama kau

( ulang korus, 2 )

Selamanya
Bersamamu
Ku selalu bersamamu
Selama-lamanya

Pandanglah ke bahumu (3X)
Di sisimu selamanya

hmm... memang ko dihatiku... selamanya....

Rabu, Disember 14, 2005

Berjalan di Alamanda, Putrajaya

Tengok-tengok balik gambar... ada sempat snap semasa berjalan-jalan di Alamanda, Putrajaya Sabtu (10 Disember 2005) lepas. Saja jalan-jalan dan makan McDonald's... Nak shopping lebih, gaji tak masuk lagi... jadi belanja ala kadar sahaja...

Image hosted by Photobucket.com
Alya, Pica dan Umi

Image hosted by Photobucket.com
Pak Su (Imran), Nuqman dan Mak Yang (Alya)

Image hosted by Photobucket.com
di carrefour

Image hosted by Photobucket.com
Pica atas troli

Hujung bulan nie dapat gaji boleh laa keluar beli barang....

Word Perfect Helpline

Dulu masa kerja di bahagian support IT... ada lah beberapa masalah macam nie... tapi takdelah teruk sangat... sekarang pon aku masih menguruskan aduan pelanggan...

Word Perfect Helpline

Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Word Perfect Helpline (bantuan > berkenaan Word Perfect melalui telefon). Seorang pekerja di helpline
ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah menyaman
Word Perfect atas dakwaan "Memecat Tanpa Sebab". Inilah perbualan telefon
pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

"Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?"
"Ya, err, Saya ada masalah dengan Word Perfect."
"Masalah bagaimana tu encik?"
"Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang."
"Hilang?"
"Ya, ia hilang."
"Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?"
"Kosong, tak ada apa-apa."
"Tak ada apa-apa?"
"Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip."
"Adakah anda masih didalam WordPerfect, atau anda telah keluar?"
"Macam mana saya nak tau?"
"Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?"
"Apa tu si-perom?"
"Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?"
"Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip."
"Adakah monitor anda ada power indicator?"
"Monitor tu apa?"
"Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV."
"Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?"
"Saya tak tahu."
"OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?"
"Rasa-rasanya."
"Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda."
"Yaa, terpasang."
"Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?"
"Iya ke?."
"Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut"
"Okay, jumpa dah."
"Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda."
"Alamak tak sampai laa."
"Ok... boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?"
"Tak boleh."
"Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?"
"Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap."
"Gelap?"
"Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap."
"OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda."
"Tak boleh."
"Tak boleh? Kenapa?"
"Sebab kat pejabat saya "blackout", tak ada elektrik."
"Blackout... tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?"
"Ada... saya simpan kat dalam almari."
"Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu."
"Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?"
"Iya, rasa-rasanya macam itulah."
"Err... okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa
dengan pekedai tu?"
"Beritahu mereka anda terlalu benggap untuk memiliki sebuah komputer."

Ahad, Disember 11, 2005

melangkau lautan imaginasi

hehehe.... takde keja... kat opis wife... jumpa blog opismate dia.... sekarang dah dekat jam 9 malam dan dia masih bekerja... dan hari AHAD... nasib baik esok aku cuti (hari keputeraan sultan Selangor...)

Jumaat, Disember 09, 2005

Pameran di PNB

hari ie aku pi teman Zul jaga pameran NIOSH di PNB (Permodalan nasional Berhad) di Jalan Tun Razak. Bangunan dia sebelah bangunan tabung haji. Disebabkan hari nie hari kedua, kurang sikit orang datang... dan kuranglah kerja aku berceloteh..

cakap pasal bercoloteh nie, baru-baru nie aku ada bersembang kat opis... ada dorang kata aku nie suka berceloteh dan terlalu peramah... selama nie aku rasa, aku paling malas nak bertegur dengan orang baru... aku memang rasa aku susah nak buat kawan sbb aku tak suka bercakap.. FYI, aku memang paling tak suka bercakap dekat telefon... aku sanggup berjalan ke divisyen / unit yang jauh kat opis aku semata-mata tak nak bercakap kat telefon... tak tau kenapa aku tak suka bercakap kat telefon, tapi yang pasti memang tak puas dan selalu sangat org salah tafsir apa yang aku nak cakap....

ok, berbalik pasal pameran PNB, aku pergi ke sana dengan Zulfadli dan Yunus (exec Ergonomik). Yunus ada talk mengenai ergonomik di sana. Kami sempat buat free consultation dengan melawat account department untuk memeriksa workstation mereka... seronok tengok Yunus bercakap bab ergonomik nie... banyak yang aku dapat refresh balik... dalam pada tue, kami sempat promote THP (Total Health Promotion) Programme NIOSH.

Image hosted by Photobucket.com
Aktiviti mengurut dalam talk ergonomik

Image hosted by Photobucket.com
Yunus membuat 'consultation' di pejabat kewangan PNB

Image hosted by Photobucket.com
Yunus semasa 'consultation' ergonomik 'workstation'

dan kami menuaikan solat jumaat di Masjid KLCC... dapatlah kami melihat Agung Malaysia bersolat disitu... DYMM Tuanku Syed Siraj ud-din ibni al-Marhum Tengku Syed Putra Jamalulail... tapi aku perati dari jauh je... tengok dia datang dengan Mercedes S500 dan semua hulubalang-hulubalang dia... jadi hari nie aku memang bersolat dengan agung, walaupon pada hakikatnya dia sembahyang didalam dan aku bersembahyang di tangga masjid KLCC.

Image hosted by Photobucket.com

Balik jam 4 petang terus singgah rumah amik buku Photoshop dan Flash utk diberi pada bos aku di UK...

Image hosted by Photobucket.com
Pemandangan dari tingkat 44 menara PNB

Isnin, Disember 05, 2005

aku yang sorang

hahaha... hari nie tak kerja... memandangkan kami semua (staff NIOSH) baru balik dari NIOSH Family Day 2005 (NFD 2005) jadi ramailah cuti... rehatkan diri... NFD 2005 kali nie dibuat di Teluk dalam Resort, Pulau Pangkor... Program berlangsung pada 2 sehingga 4hb Disember 2005... aktiviti... macam biasa... hari keluarga...

Image hosted by Photobucket.com
dalam feri (Pica n Umi)

Image hosted by Photobucket.com
Kolam di resort (pandangan atas)

Image hosted by Photobucket.com
antara aktiviti (tarik tali)

Image hosted by Photobucket.com
Gambar beramai-ramai

aku dan family bersama Imran (adik aku) lepak di chalet selama satu malam sbb parent aku berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan fardhu Haji pada hari Sabtu.

Tahun nie tak berapa tuah sbb aku cuma dapat jaket (raincoat) dalam cabutan bertuah... sebelum nie aku pernah dapat VCD player, vacuum, pasu dll.... takde rezekilah tue... tapi kumpulan aku (sukaneka) dapat juara lagi, dan dapat tempat ke-empat dalam treasure hunt (dari 8 kumpulan)... tahniah Kumpulan Belacan (Merah)

Hari nie aku banyak berjalan dan tido di pejabat disebabkan hanya aku sorang jer ada... yang lain semua cuti dan MC... sampai buat report pon boleh tertido depan komp... ok, esok kalau dapat gambar-gambar masa family day aku uploadkan...

Khamis, Disember 01, 2005

aku seekor coolies

arghh... sedihnya.... kenapa aku dipelakukan begini... bodohnya rasa hari nie... semua benda buat salah... "put urself in my place"... itulah modal yg aku asyik dapat... bila la org nak paham aku lak.... tulis nie musti kena sound lagi... arghhhhhh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...