BonusCoin Banner

Jumaat, Mac 24, 2006

Korporat vs Operasi

22hb Mac 2006, 6 petang.. Korporat vs Operasi... Satu perlawanan Bola Tampar yang tergendala disebabkan hujan sejak seminggu yang lalu akhirnya berjaya dilaksanakan. Perlawanan di laksanakan di Multi Purpose Court (MPC), NIOSH.

Perlawanan dimulakan agak lewat, disebabkan pihak operasi yang mengaku banyak tugas... terpaksa turun ke MPC agak lewat. Ini merupakan satu faktor penyebab bahagian korporat agak kurang stamina... letih practice awal...

Permainan terpaksa berlangsung sebanyak 3 set dengan set pertama dimenangi oleh Operasi. Set kedua dimenangi oleh korporat dan set terhangat dimenangi oleh operasi. Aku hanya sempat bermain masa set kedua sahaja... ramai sangat player... kasi peluang kat member lain...

bagaimanapun sekalung penghargaan diberikan kepada Dewi (Operasi) kerana sudi menjadi Refferee. Fiza, Shada dan Yuz (semua org operasi) kerana berebut mengira markah dan kepada semua penyokong-penyokong korporat dan operasi....

Image hosting by Photobucket
Wakil-wakil operasi

Player/staf Operasi dari kiri berdiri di belakang : Zaki (HETD), Syahrizul (Kuching), Irwan (IHD), Nizam (HETD), Hanif (OH), Suhaimie (IHD), Baharin (Ergo)

Berdiri di depan dari kiri : Shada (ergo), Mona (ergo), Bad (GMO Off), Fiza (Ergo), Aida (OH), Aida (HETD)

Image hosting by Photobucket
Wakil-wakil Korporat

Player / Penyokong Korporat berdiri di belakang dari kiri : Iskandar (QMU), Rajap (AFPM), Zaeem (Acc), Al (AFPM), Saupi (Acc)

Berdiri di depan dari kiri : Shidi (ISCTU), Iwan (AFPM), Major (QMU), Saiful (ISCTU), Suhaimie (ISCTU)

Image hosting by Photobucket
Perbincangan sebelum permainan

Image hosting by Photobucket
semasa perlawanan

Image hosting by Photobucket
nampak tak aku yg tgh spike tu...

Image hosting by Photobucket
semangat kesukanan

Image hosting by Photobucket
gembiranya...

Image hosting by Photobucket
giliran Team Korporat lak bergembira

Image hosting by Photobucket
Dalam perlawanan

Tahniah Operasi.... Lepas nie boleh lawan volleyball lagi... bila tengok balik gambar-gambar volleyball di NIOSH, baru perasan last sekali main pada tahun 2002.... pergh... lama tue...

So, memana team nak turun Bandar BAru Bangi lawan... contact lah yerk...

Selasa, Mac 21, 2006

Minyak Recycle

utk renungan kengkawan semua.. cerita nie cerita lama... cuma baru2 nie terdpt kesahihan & sebuah kilang di Puchong & Balakong (kira oil refinery xberdaftar la nie) di dapati proses balik minyak terpakai utk dijual sebagai minyak enjin (recycle dari minyak hidraulik, transformer, enjin dsbnya).. Minyak enjin imitation dah mula dijual berleluasa di negara kita.. ada yg tulis semi sintetik/full sintetik tapi isinya bukan .. minyak recycle nie dipacking dengan botol brand2 terkenal spt Castrol Magnetec, Shell, Mobil 1 dsbnya.. Sebagai satu contoh korang pegi sesetengah wshop tgok botol minyak enjin shell dengan distesen minyak shell.. xsama model dsbnya.. camna boleh jadi macam tu sedangkan shell trading yg distribute & control minyak nie..

Kawan saya pun pernah mendpt pengakuan dari tokeh kedai sparepart dengan dialog berbunyi.. "U mau olijinal minyak ka atau itu murah punya recycle.. dua2 pun sama brand" Minyak yg brand macam sharlu atau aper2 brand yg kurang kita dengar namanya pun kita kena sentiasa berhati2.. Kat Malaysia nie aper2 pun diorang buat yg tiruan punya..

Kesimpulannya disini.. cara nak kawal dari enjin kita dimasukkan dengan minyak yg x berkualiti & boleh mengurangkan jangkahayat enjin.. kita terpaksa spend duit lebih sikit dengan membeli minyak hitam distesen minyak (diorang xleh tipu sebab control items supply by trading & diaudit) dijamin ori & berkesan.. so, everytime tukar minyak hitam, beli minyak hitam sendiri (aku lepas nie beli kat stesen minyak ler).. korang fikirlah2 sendiri utk kepentingan & reliability enjin kete korang

rahsia

buku ebook panduan utk jadi jutawan internet keluaran terhad. dapatkan segera..

"Anda Boleh Menjimatkan Masa Dan Wang Ringgit Dengan Mengikut Formula Saya Ini!"

Melalui program Formula Tsunami Wang Luar Biasa Versi 3.3 ini, ANDA ...

TIDAK perlukan produk segalanya telah siap sedia untuk digunakan dengan formula saya.

TIDAK perlukan banyak masa hanya perlukan beberapa jam seminggu secara sambilan.

TIDAK perlukan pekerja dan pejabat anda boleh lakukannya dari mana-mana!

TIDAK perlu berjumpa sesiapa anda boleh lakukannya di bilik tidur secara senyap dan aman!

TIDAK perlukan modal yang besar berapa ramaikah yang ASBnya sudah hampir penuh dalam masa 6 bulan sahaja? Saya memulakannya dengan modal RM50 (itupun saya pinjam dari emak saya!)

TIDAK perlu menunggu semuanya cepat, selamat dan terus ke bank akaun anda!

SAH di sisi undang-undang diperakui dan dikecualikan dari Akta Jualan Langsung 1993

TIDAK memerlukan anda untuk menghadiri sebarang kursus dahulu atau menyertai sebarang seminar.

Anda Tertanya-tanya, Bolehkah Anda Mendapat Manfaat Dari Buku Panduan Ini?

Buku Panduan ini dijamin dapat membantu jika anda berusaha dan berdoa... Insya-Allah

Isnin, Mac 20, 2006

Anna Bertunang

gambar Anna - klik untuk besokanMinggu lepas (17 Mac 2006 - Jumaat) kami sekeluarga ke Lumut, Perak. Balik rumah mak, sebab Anna (adik aku) bertunang. Bertunang pada 18 Mac 2006 dan insya-Allah akan melangsungkan akad nikahnya pada disember 2006. Disini ada beberapa gambar aku nak share...

Anna bertunang dengan pegawai (pilot) TUDM gak. Kamil namanya.

Majlis dihadiri oleh saudara-mara terdekat dan kawan-kawan abah di sekitar Lumut di Perak. Alhamdulillah majlis berlansung dengan sempurna.

Kami bercadang nak balik ke Lumut hari Khamis malam. tetapi sepanjang minggu asyik hujan jer tambahan dengan bebanan kerja, akhirnya kami balik ke Lumut hari Jumaat pagi. Kami berada di Lumut sehingga hari Ahad. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik, berjalan dengan lancar walaupun musim cuti sekolah sekarang nie

Gambar family by Photobucket
Gambar family terkini

Image hosting by Photobucket
Sekitar perbincangan

Image hosting by Photobucket
Masih berbincang

Image hosting by Photobucket
upacara potong kek

Image hosting by Photobucket
Pica dan Umi makan

Image hosting by Photobucket
Nuqman dan pakciknya

Tahniah Anna dan Kamil....

Selasa, Mac 14, 2006

2nd Payment MFA

punyalah tensen semalam... tetiba terbaca forum, 12DP didapati bersalah kerana terlibat membuat skim cepat kaya... oleh itu burnlah semua duit yg ada... Alhamdulillah... aku selalu mengambil langkah berjaga-jaga (takut)... tak pernah keluarkan duit poket... sebaliknya semua duit yg aku dapat, 30% aku belanja... cuma 70% jer aku masukkan balik... camana pun dorang kata bersalah... 12DP tak pernah miss bayar payment aku...

Kemudian, ST lak buat hal.... Si John bagitau ramai senior management letak jawatan... jadi ST lak lepas nie mengundur diri dari industri autosurf.... hilang lagi sumber pendapatan tambahan aku...

Pagi nie, alhamdulillah MyFreeAds (autosurf Malaysia) bayar hasil usaha aku.... dapatlah RM 38 (RM 2 caj pentadbiran) dimasukkan terus ke akaun Maybank... jadilah... lepas minyak kereta seminggu...

Bukti MFA hosting by Photobucket
Bukti email diterima dari Maybank mengenai kemasukkan duit kedalam akaun

Secara tak langsungnya... aku dalam keadaan "in profit" dengan MyFreeAds. Walaupun belum beratus, tapi modal aku RM50 dah dapat balik... ingat esok nak tambah lagi RM20 dalam akaun... tengoklah dulu... insya-Allah...

Sekarang slow sikit industri autosurf nie... ada gak niat nak laburkan duit untuk naik balik... tapi memandangkan ianya tak berapa stabil... tangguhkan dulu niat murni aku nie... yg aktif sekarang nie ialah promotion randomizer e-gold....

Selasa, Mac 07, 2006

Lagu 3 Kupang

Dapat email nie dari seorang sahabat.... saja nak share bersama...

Lagu Tiga Kupang

Naik tiga kupang
Saku penuh habuk
Enam ekor burung
Kena virus selsema

Bila sudah naik
Kita ikut saja
Tentu susah makan
Cari kerja luar

( korus )
Suami dalam pejabat
Buat kira-kira
Suri dalam rumah
Makan roti tak ada gula

Anak tepi kolam
Mahu tangkap ikan
Datang hujan lebat
Habis Shah Alam banjir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...