Bukan sekadar lojika

Sekadar berkongsi, terima email mengenai perkara ini melalui Yahoo!Group Terendakz,

Pada hari Isnin malam israk mijraj yang lepas, uztaz wan jaafar meminta semua guru-guru hatta uztaz dan ustazah sendiri perlu membetulkan kenyataan ini.

Biasa kita lihat dalam buku-buku agama anak kita.

1) Senaraikan 5 benda yg manusia cipta dan 5 yang Allah cipta?

jawapan:-

manusia-kapal perang, kapal terbang, bom nuklear, bangunan KLCC, tv satelit
Allah- lipas, lalat, cacing, semut dan tungau

Seolah-olah ciptaan Allah tidak sehebat manusia. Sebenarnya Semua yang ada, setiap satu, yang terlihat dan tersembunyi termasuk hampagas semuanya Allah yang cipta termasuk 5 jawapan benda yang diatas itu tadi.

Manusia sebagai alat , manakala Allah yang mencipta. Allah bagi pengetahuan / akal / fikiran kepada manusia dan memasukkan ilham dari NYA lalu manusia pun menemukan hasilnya.

Thomas Edison pernah berkata, dia tidak mencipta lampu sebaliknya menemukan elektrik. Ada banyak rahasia Allah yang belum kita ketemu lagi. Allah maha berkuasa umpama setitik air dilautan, itulah ilmu manusia sedangkan ilmu Allah lebih luas dari seluruh lautan.

Ustaz Wan bercerita Al kisah- seorang tua yang dilanda banjir dirumahnya, dari air separas lulut, naik kepinggang, kemudian naik ke atap. Setiap kali ada penyelamat datang menyelamat dia berkata "Aku tak perlukan bantuan manusia tetapi Allah saja tempat aku meminta.." Dia menolak bantuan penyelamat, dan sehinggalah beliau meninggal dunia disebabkan lemas dalam bencana tersebut.

Pada ketika beliau dibangkitkan, beliau bertanya kepada Allah mengapakah Allah tidak menyelamatkan dia sewaktu beliau berdoa dan berharap. Jawapannya .. pada ketika bantuan pertama itulah Allah memberikan gerak hati untuk penyelamat datang menyelamat dia tetapi dia menolaknya. Setiap kali dia berdoa Allah akan turunkan penyelamat itu memberi bantuan kepadanya tetapi beliau terus tidak mahu menerima bantuan.

Sebenarnya orang tua itu tidak faham bahasa Allah. Tidak melihat apa yang datang itu adalah bantuan dari Allah. Manusia yang datang membantu itu sebagai alat. Padahal Allahlah yg menolong.

Manusia sering percaya kpd tanda-tanda contohnya "jika gatal tangan kanan, hendak dapat duit, tangan kiri nak keluar duit" dan ada 1000 tanda yang mereka percaya walau pun tiada fakta.
TETAPI
Jika ada musibah seperti gempa bumi, tsunami, banjir, puting beliung. Ada diantara kita masih lagi berkata ..ini adalah kejadian semulajadi alam. Mereka tidak mengkaitkan bahawa ini adalah tanda dari Allah. Setiap kejadian ada sebab dan musabab. Kita harus fikirkan.

Logika,
Jika kita berwuduk lalu terkentut, mengapa kita tidak membasuh dubur ? tetapi kita membasuh muka tanggan rambut dan kaki ketika berwuduk?
Bukan semua kita harus beriman berdasarkan logik. Ada perkara yang mesti kita ikut walau pun kita tidak tahu sebabnya. Tidak perlu melihat Allah baru hendak solat sebab Allah tidak boleh dilihat. Lagi pun ilmu manusia tidak mampu untuk berfikir sesuatu yang berada dibawah kemampuan akal kita yang terbatas.

Kurangnya kefahaman kita disebabkan kita tidak ada masa untuk belajar, kita sibuk. Sebab itulah gejala murtad semakin berluasa sekarang.

Jika kita tidak berhati-hati dikuatiri kita akan murtad atau pun
generasi / zuriat kita (Nauzubillah).

Sekadar berkongsi bersama.

0 komen