BonusCoin Banner

Selasa, Oktober 31, 2006

Breakfast di rumah

Pagi nie Fitriah buat nasi goreng. Merasa aku makan sarapan sebelum keluar pergi kerja...

Photobucket - Video and Image Hosting

Sabtu, Oktober 28, 2006

Jalan Raya dan Shopping

Hari nie pergi beraya rumah Shahir. Tengahari baru kami keluar. Sempat jalan serumah jer kemudian kami ke Jusco, Seremban 2. Ada banyak voucher Jusco jadi kenalah kami abiskan kang rugi lak... banyak gak shoping dengan baju, mainan dan barang-barang rumah. Petang dekat nak maghrib baru sampai rumah

Photobucket - Video and Image Hosting
Anak Shahir (Aqil)

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica bergaya dengan cermin mata baru

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica main game

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica nak masukkan token

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman dan Pica main game

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica tengok Nuqman main game

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman main game

Seronok dapat jalan-jalan dengan family....

Rabu, Oktober 25, 2006

Raya di Pusing

Tahun nie beraya di rumah baru Abah di Pusing, Perak. Lepas solat raya kami ke Kampung di Parit, Perak. Sepatutnya kami beraya di Kedah tetapi sebab baru keluar wad dan aku masih tak berapa larat dan sihat... berayalah kami di Perak. Insya-Allah ada rezeki kami balik ke Kedah sebelum tamat raya.

Photobucket - Video and Image Hosting
Aku dan Fitriah

Photobucket - Video and Image Hosting
Iman dan Ismail

Photobucket - Video and Image Hosting
Fadhlin (sepupu), Iman, Ismail dan Farisya (sepupu)

Photobucket - Video and Image Hosting
Adik beradik Abah (dr kiri Razali - Sulung, Fairuz - 4th, Aziah - Bongsu, Shahrudin - 3rd, Ibrahim - 2nd)

Photobucket - Video and Image Hosting
Adik beradik dan Ipar Duai Abah

Photobucket - Video and Image Hosting
BBQ di Pusing, Perak

Photobucket - Video and Image Hosting
Antara sepupu-sepupu perempuan

Photobucket - Video and Image Hosting
Antara sepupu-sepupu lelaki

Photobucket - Video and Image Hosting
Antara sepupu-sepupu lelaki

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin

Isnin, Oktober 23, 2006

Denggi

Aku, Ismail dan Iman di masukkan ke wad di Az-Zahrah Medical Center, Bandar Baru Bangi. Kami disyaki jangkiti oleh virus denggi. 1st time aku kena warded.... Aku masuk wad pada malam hari khamis (19 Okt 2006) sampai hari ahad (22 Okt 2006). Iman lak masuk hari Jumaat (20 Okt 2006) sampai Isnin (23 Okt 2006) dan Ismail masuk Ahad (22 Okt 2006) sampai Isnin (23 Okt 2006).

Aku demam mula hari Ahad petang (15 Okt 2006), hari Isnin aku melepak tidur kat klinik dan hostel NIOSH. Hari Selasa dapat MC dan aku sepatutnya masuk wad hari Rabu malam.

Keluar tadi terus ke PKNS Bangi cari Baju Raya Ismail. Tue pun tak de yang menarik. Kejap lagi nak ke Alamanda, Putrajaya kemudian terus balik Lumut.

Photobucket - Iman di AZIM
Iman di Wad

Jumaat, Oktober 13, 2006

Kursus Diciplinary Procedure

Semalam dan hari nie aku kena join kursus Diciplinary Procedure daripada MEF (Malaysian Employers Federation). Kursus diajar oleh Lt. Kol. (B) Akhir. Seronok gak kursus nie, dapat belajar banyak mengenai tindakan tata tertib yang boleh diambil oleh kakitangan dan majikan.

Kursus nie adalah untuk pendakwa raya, pengerusi, ahli dsb dalam prosedur tatatertib dan D.I (Domestic Inquiry). Majoriti yang hadir kursus nie adalah manager NIOSH dan beberapa Eksekutif yang rajin mendakwa dan menjalankan siasatan terhadap kakitangan.

Photobucket - Video and Image Hosting
Tengah latihan mock-up mahkamah

Photobucket - Video and Image Hosting
Dalam latihan

Rabu, Oktober 11, 2006

Jamal Abdillah feat Mawi - Terharu

Sejak beberapa minggu kebelakangan nie aku memang suka sangat lagu nih, memula ingat sebab lagu nie macam oldies n rancak sikit... ntah kenapa terasa macam ada sesuatu benda yang sungguh bermakna dalam diri aku...

aku google dan dapat lirik dia.... kat EIMS

Mawi:

Ooohhhhh…. Hak.. Hak.. Hak.. Hak.. Hak.. Hak..

Haaaiii Yaaaahhh…

Jamal:

Takkan ku tahan air mataku ini
Yang jatuh menitis berderai di pipi
Takkan ku simpan dalam hatiku ini
Biarlah itu berlalu pergi

Mawi:

Sejuta warna menghias angkasa
Berseri penuh sungguh ku terharu
Sejuta rasa yang mengiringi
Dan kini menyentak hatiku

Jamal:

Selalu begitu kejamnya dirimu
Bagai nan malam yang sunyi dan sepi

Mawi:

Engkau biarkan diriku ini
Merintih sedih nangis sendiri

Mawi:

Heeeiii… Yaaahhh..

Jamal & Mawi:

Cukup sudah jangan engkau sakit
Cukup sudah ku merasakannya
Derita yang ku ini rintihkan
Menghancurkan segala harapan…..

dan dari minggu lepas aku cuba menghayati lagu nie.... memang aku terasa sesuatu daripada lagu ini...

Why Women Cry Easily

One day, a young boy asked his mom.

"Why are you crying?"

"Because I'm a woman" she told him.

"I don't understand," he said.

His Mom just hugged him and said, "And you never will, but that's okay."

Later the little boy asked his father, "Why does mom seem to cry for no reason?"

"All women cry for no reason" was all his dad could say.

The little boy grew up and became a man, still wondering why women cry finally, he put in a call to God.

When God got back to him, he asked, "God, why do women cry so easily?''

God answered,

"When I made women, I decided she had to be special.

I made her shoulders strong enough to carry the weight of the world, yet her
arms gentle nough to give comfort.

I gave her the inner strength to endure childbirth and the rejection that
many times will come, even from her own children.

I gave her a hardness that allows her to keep going and take care of her
family and friends, even when everyone else gives up, through sickness and
fatigue, without complaining.

I gave her sensitivity to love her children under any and all circumstances
even when her child has hurt her badly. She has the very special power to make a
child's boo-boo feel better and to quell a teenager's anxieties and fears.

I gave her strength to care for her husband, despite faults, and I fashioned
her from his rib to protect his heart.

I gave her wisdom to know that a good husband never hurts his wife but some
times tests her strengths and her resolve to stand beside him unfalteringly.

For all of this hard work, I also gave her a tear to shed, It is her's to use
whenever needed and is her only weakness.
"

"When you see her cry, tell her how much u love her and all she does for everyone. And even though she may still cry, you will have made her heart feel good." "She is special!"

Sabtu, Oktober 07, 2006

SoulEntrapment

SoulEntrapment

satu blog yang sungguh menyentap jiwa aku... hanya mereka yang mengerti

Anak

hari nie aku datang opis... buat report pasal kelab sikit dan beberapa kerja-kerja KKSI. Alhamdulillah, kerja semua habis dalam 3 jam jer... tapi memang aku malas nak balik rumah. Ada beberapa perkara yang membuatkan aku tidak dapat mengawal diri dalam bulan Ramadhan ini.

aku susun beberapa gambar yang aku petik menggunakan hanpon.

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica menggosok baju sendiri

Photobucket - Video and Image Hosting
usah ditanya apa yang Pica buat

Photobucket - Video and Image Hosting
Naik kereta bersama

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman dan Pica bermain kereta (atas tikar Sarawak baru tue...)

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman dan Pica bermain kereta

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman dan Pica berposing

Photobucket - Video and Image Hosting
kek, dah lama Nuqman suruh beli... alasan nak makan rumah

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman makan kek

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica makan kek

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman makan aiskrem, Fitriah buat

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica makan aiskrem

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman masih makan aiskrem

seronok bila dapat tengok gambar kerenah anak-anak balik... Alhamdulillah

Memang aku tak dapat nak menutup Blog nie sebab banyak benda yang ada dalam fikiran yang perlu ditulis..... bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri aku sendiri... Insya-Allah

Banyak untung kalau kenal lelaki

Banyak untung kalau kenal lelaki oleh DR. HM TUAH

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cubaberjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

  1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
  2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
  3. Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
  4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
  5. Lelaki yang baik sangka
  6. Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah,adalah:-

  1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
  2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
  3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
  4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

HR Awareness

satu panduan untuk menjalankan tugasan seharian di pejabat, ini adalah hasil daripada siri kursus yang diikuti oleh is150:

  1. Employee and employer relationship is the second most important relationship after a husband and wife relationship as it requires loyalty and faithfulness.
  2. Every employer has the right to expect every employee to come on time. Coming late to work is a form of absenteeism and habitually late is a major misconduct and can lead to dismissal.
  3. If your immediate superior instruct you to do work in ‘A’ way and the superior to your immediate superior instruct you to do it ‘B’ way, you have to do it ‘B’ way.
  4. Sexual immorality in private life is a major misconduct if it tarnished the company’s name.
  5. Accident is not a misconduct even though if it caused damage to the company.
  6. “Scold your staff with a smile on your face”. Employee can claim for constructive dismissal if you use abusive words or verbal harassment or threatening them to resign. Bare in mind to be careful with what you say or do because employee has the right to challenge every single move you make.
  7. Remaining absent without applying for leave is better than being absent after your leave has been rejected. Being absent after your leave has been rejected is a major misconduct.
  8. Employee must carry out any instruction given by the superior even though it is unlawful or illegal. Discuss, put in writing, highlight the issue that is not right and the implication of doing so and conclude by writing ‘I will do it as per instruction’. This is to safe guard yourself. If an employee disobeys the instruction, it is a major misconduct.

Jumaat, Oktober 06, 2006

Peringkat Isteri

Peringkat-Peringkat Isteri Dalam Memberi Ketaatan dan Meminta Nafkah

1.Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin.

Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Allah s.w.t.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Khamis, Oktober 05, 2006

Kucing

Hari ini buka puasa di AELB. Balik dari Office, Fitriah panggil.... ada kucing dalam bilik TV... kucing betina nie memang pantang nampak tingkap terbuka... mesti masuk punya. Niat di hati macam nak bela tapi siapa yang ada kat rumah nak tengok, jadi setiap hari memang kerja aku letak kat luar... cuma malam nie, masuk-masuk tengok ada banyak lak baby... kesian pun ada... tapi last-last... kami buang gak.. aku letak kat post box bawah rumah...

Photobucket - Video and Image Hosting
kucing dan anak-anaknya

Kata orang tua, kalau binantang masuk rumah... tandanya murah rezeki... Amin

Isnin, Oktober 02, 2006

Imitation

"Imitation is The Sincerest Form of Flattery"

itulah quote hari ini, pagi-pagi dapat beberapa e-mail daripada FunLok.com salah satu site yang aku subscribe.

Sebab kenapa aku tulis quote ni ialah kerana aku memang kejam. Aku kurang menegur orang, tetapi aku kan membuat kembali apa yang aku terima... kalau tindakan seseorang itu membuatkan aku kecik hati... Insya-Allah aku akan membalas... hahahaha

Aku percaya ramai orang di dunia ini suka belajar dengan cara yang susah... bila diberitahu, mereka tidak akan percaya. Bila dah terjatuh baru nak mengaduh... ok, malas nak sambung, kepala serabut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...